MOORE, GEORGE EDWARD | Moore, George Edward (1873–1958), ahli falsafah British yang mempengaruhi ramai ahli falsafah sezaman di United Kingdom. Dia mempertahankan pandangan waras dan menggalakkan kajian ‘bahasa biasa’ sebagai alat falsafah. Moore lahir di London. Dia menjadi profesor falsafah di Cambridge University dan untuk hampir 30 tahun mengedit jurnal falsafah Mind. Tulisannya termasuk Principia Ethica (1903), Ethics (1912) dan A Defence of Common-sense (1925). | UMUM | |
ALBRIGHT, IVAN | Albright, Ivan (1897–1983) ialah pelukis Amerika yang mempunyai gaya dan kaedah yang berbeza daripada pelukis lain yang sezaman dengannya. Tema utamanya ialah kemerosotan manusia mengikut usianya. | UMUM | |
RHODES, CECIL JOHN | Rhodes, Cecil John (1853–1902) ialah ahli perniagaan dan negarawan British. Dia memperolehi kekayaan daripada industri berlian dan berkemungkinan merupakan penyumbang terbesar kepada perkembangan empayar Inggeris di Afrika daripada dengan tokoh lain yang hidup sezaman dengannya. | UMUM | |
ALUSIY, ABU AL-THANA’ SHIHAB AL-DIN, AL- | Alusiy, Abu al-Thana' Shihab al-Din, al- (1217 H.–1270 H./ 1802 M.–1854 M.), ahli fiqh, ahli tafsir dan ahli hadith. Nama penuhnya ialah Shihab al-Din Mahmud ibn ‘Abdullah al-Husayniy. Dia lahir di Baghdad dan menerima pendidikan daripada ulama yang sezaman dengannya. Dia seorang yang cerdik, bijak dan sangat mementingkan pengajian. Hampir semua perkara yang didengarnya tidak dilupakannya, sehingga dia menjadi ulama yang tiada tolok banding pada zamannya | UMUM | |
LONG GHAFAR | LONG GHAFAR ( ? -1794), Perdana Menteri Kelantan. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Dia hidup sezaman dengan Long Yunus, iaitu pengasas negeri Kelantan moden dan keturunan Long Yunus atau kerabat diraja yang memerintah negeri Kelantan sejak pertengahan abad ke-18 hingga kini. Long Ghafar dikatakan anak Raja Reman. Sebelum tahun 1810, Reman merupakan sebahagian daripada wilayah Kesultanan Melayu Patani, tetapi selepas tahun 1909, menjadi sebahagian daripada Wilayah Yala, selatan Negara Thai. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
IBN ZUHR | Ibn Zuhr (484 H-557 H/1091 M-1161 M), tokoh perubatan dan parasitologi dalam Zaman Pertengahan, sezaman dengan Ibn Rusyd yang menjadi temannya dan dikenali di Barat sebagai Abhomeron Avenzoar atau Avenzoar. | AGAMA | Tokoh |
SIGUNTING | SIGUNTING ( ? -1905), penentang penjajahan British di Sabah. Sigunting adalah salah seorang tokoh sejarah negeri Sabah yang hidup sezaman dengan Mat Salleh, juga pejuang menentang British. Beliau berasal daripada suku kaum Rungus. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TENNIEL, SIR JOHN | Tenniel, Sir John (1820–1914) ialah kartunis dan pengilustrasi buku Inggeris. Dia menghasilkan ilustrasi untuk buku Alice ’s Adventures in Wonderland (1865) dan Through the Looking-Glass (1871) karya Lewis Carrol. Dia juga terkenal dengan kartun politiknya yang disiarkan dalam majalah Punch . Dia bekerja dengan majalah tersebut selama 50 tahun mulai tahun 1850. Dia dikagumi kerana karyanya yang asli, bermartabat dan berteknik canggih. Tenniel dan beberapa artis lain yang sezaman dengannya membantu mengekalkan kedudukan penting Great Britain dalam bidang ilustrasi buku. Dia lahir di London. Lihat juga Carrol, Lewis (Buku-buku Alice) ; Kesusasteraan untuk kanak-kanak (gambar: Through the Looking-Glass ). | UMUM | |
BAHR AL-LAHUT | BAHR AL-LAHUT, sebuah kitab Jawi tentang agama Islam yang berkaitan dengan ilmu tasawuf karangan Abdullah ‘Arif pada abad ke-12 M. (6 H). Abdullah ‘Arif ialah salah seorang pendakwah yang terawal tiba di Alam Melayu. Antara pendakwah yang sezaman dengannya termasuklah Syekh Ismail dan Faqir Muhammad yang mengislamkan Merah Silu (Malik al-Salih), pemerintah kerajaan Samudera-Pasai. Menurut al-Tarikh Salsilah Negeri Kedah karangan Muhammad Hassan bin Dato’ Kerani Muhammad Arshad, orang yang pertama mengislamkan negeri Kedah juga bernama Abdullah iaitu pada tahun 1137 M. (531 H). Jika dibandingkan tarikh ini dengan tarikh ketibaan Abdullah ‘Arif di Aceh (117 M), tidak banyak berbeza. | BAHASA | Bahasa |
TIFFANY, LOUIS COMFORT | Tiffany, Louis Comfort (1848–1933) ialah pereka bentuk kaca berwarna yang ulung pada akhir tahun 1800-an dan awal tahun 1900-an. Dia merupakan tokoh penting Amerika dalam penciptaan gaya seni antarabangsa yang dikenal sebagai art nouveau . Gaya ini berkembang dari tahun 1890-an hingga lebih kurang tahun 1910 (lihat Art nouvean ). Tiffany lahir di New York City. Bapanya, Charles Lewis Tiffany, memulakan perniagaan barang kemas yang terkenal. Tiffany memulakan kerjayanya sebagai pelukis, tetapi kemudian meminati seni hiasan, terutama kaca berwarna. Pada tahun 1879, dia menubuhkan syarikat perkongsian dengan beberapa pelukis moden. Syarikat ini mengkhusus kepada reka bentuk dan hiasan dalaman sezaman. Pada tahun 1880, Tiffany memohon paten untuk kaca berwarna yang iridesen – iaitu yang bertukar warna jika dilihat dari sudut berlainan. Pada tahun 1885, dia memulakan syarikat kacanya sendiri. Pada tahun 1894, dia mendaftarkan nama Favrile untuk hasil kerja kaca iridesen buatan tangannya. Lihat juga Kaca (gambar; Tingkap kaca berwarna). | UMUM | |