Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vi & vt berpura-pura: they’re not fighting, they’re only ~ming, mereka tdk bergaduh, mereka hanya berpura-pura; the dog was trained to ~ dead, anjing itu dilatih utk berpura-pura mati. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. st false, fake, (sst yg) palsu: we believed it to be a Rubens but the expert said it was a ~, kami percaya bahawa lukisan itu karya Rubens tetapi pakar mengatakan lukisan itu palsu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. pretence, kepura-puraan: we finally realized that his piety was a ~, akhirnya kami menyedari bahawa kealimannya ialah satu kepura-puraan sahaja; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. piece of deceit, penipuan: with so many conditions attached to it, their release seemed like a ~, oleh sebab terlalu banyak syarat dikenakan, pembebasan mereka kelihatan spt satu penipuan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. fake, palsu: a ~ diamond, berlian palsu; 2. pretended, pura-pura: a ~ illness, sakit yg pura-pura; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sham


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
QURTUBIY, SHAM AL-DIN AL- UMUM 
ABU HASSAN SHAM

BIDANG: SASTERA

PENULIS: ABDUL RAHMAN KAEH

ABU HASSAN SHAM, Dato’ (1945- ), pengkaji kesusasteraan Melayu klasik. Dia lahir pada 27 Julai 1945 di Kampung Pangsenam, Temerloh, Pahang. Nama sebenarnya ialah Abu Hassan bin Mohd. Sham. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Temerloh; Sekolah Menengah Abu Bakar, Temerloh dan Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar, Kuantan. Kemudian, dia melanjutkan pelajaran ke Sekolah Alam Shah di Kuala Lumpur dan seterusnya memasuki Universiti Malaya pada tahun 1966 dan memperoleh ijazah Sarjana Muda. Pada tahun 1972, dia mendapat ijazah Sarjana Sastera dari universiti yang sama. Di universiti inilah dia memulakan kerjayanya sebagai tutor, pensyarah dan seterusnya dilantik sebagai profesor di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya mulai Januari 1994.

SASTERATokoh
MARIYAH AL-QIBTIYYAHMariyah al-Qibtiyyah, ( ?–17 H./ ?–637 M.)

ialah isteri Rasulullah SAW. Nama penuhnya ialah

Mariyah bint Sham’un. Dia lahir di kampung Hirn,

Mesir.

UMUM 
SAFFAH, ABU AL-ABBAS' AL

Saffah, Abu al-Abbas’ al (104–136 H./ 722–754

M.), khalifah pertama Kerajaan Abbasiyyah dan salah

seorang cerdik pandai Arab. Nama penuhnya ialah

Abdullah ibn Muhammad ibn Ali ibn Abdullah ibn al-

Abbas ibn Abdul Muttalib. Dia juga dikenali sebagai

al-Murtadha (orang yang diredai) dan al-Qa’im

(Penegak keadilan). Al-Saffah lahir dan dibesarkan di

al-Syirah (di antara Sham dengan Madinah). Ketika

Ibrahim al-Imam dibunuh, dia dan keluarganya

berpindah ke Kufah pada bulan Safar 132 H./750 M.

Mereka telah bersembunyi selama beberapa minggu

kemudian muncul dengan pengikutnya. Mereka

melantik al-Saffah sebagai khalifah pada 3 Rabiulawal

132 H./750 M., sebagai permulaan Kerajaan

Abbasiyyah. Antara pendukung Kerajaan Abbasiyyah

yang paling menonjol ialah Abu Muslim al-Khurasani.

Walau bagaimanapun, selepas pembunuhan

Marwan ibn Muhammad (khalifah Bani Umaiyyah di

Syam), Abu Muslim dilantik sebagai pemimpin

Khurasan sebagai mengenangkan jasanya.

UMUM 
NASA'IY, ABU 'ABD AL-RAHMAN AL-

Nasa’iy, Abu ‘Abd al-Rahman al- (215–303 H/

830–915 M), salah seorang imam hadith yang

menonjol dan penghafaz hadith yang diyakini

riwayatnya serta sarjana terkenal. Nama sebenarnya

ialah Abu ‘Abd al-Rahman Ahmad ibn Shu‘ayb ibn

‘Ali al-Khurasaniy al-Nasa’iy al-Kabir, seorang kadi,

imam dan Shaykh al-Islam. Dia menjelajah

beberapa buah negeri dalam usaha mencari ilmu

daripada ulama-ulama seperti di Khurasan, Iraq,

Hijaz, Mesir, Sham, al-Jazirah dan lain-lain. Dia

berpindah ke Qutaybah ketika berumur 15 tahun.

Al-Hakim berkata: “Al-Nasa’iy ialah ulama yang

mempunyai ilmu yang mendalam di Mesir pada

zamannya, dan merupakan yang paling arif di

kalangan ulama mengenai hadith-hadith yang sahih

dan hadith-hadith yang ditolak berserta dengan

perawinya”. Al-Nasa’iy banyak mengarang kitab,

antaranya ialah al-Sunan al-Kubra dalam bidang

hadith; al-Mujtaba, iaitu al-Sunan al-Sughra;

Khasa’is ‘Ali; Musnad ‘Ali dan al-Du‘afa’ wa al-

Matrukun bi Musnad Malik .

UMUM 
SHAMSUDDIN SALLEH

SHAMSUDDIN SALLEH (1906-1977), penulis.  Dia lahir pada 31 Ogos 1906 di Kota Betung, Siak, Sumatera, Indonesia. Dia memakai nama pena Sham.  Shamsuddin mendapat pendidikan awal di Sekolah Dasar Pekanbaru hingga Sekolah Guru Bantu (Leergang School).

SASTERATokoh

Kembali ke atas