Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata shamsuddin


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SHAMSUDDIN AL-SUMATRANI

Shamsuddin al-Sumatrani ( ? –1630) ialah

ulama, penulis, dan ahli tasawuf Indonesia. Nama

sebenarnya ialah Syeikh Shamsuddin bin Abdullah

as-Sumatara’l. Dia juga dikenali dengan

Shamsuddin Pasai. Dia ialah pengikut mazhab

Shafi’i dan membawa ajaran tasawuf Hamzah

Fansuri. Shamsuddin juga tergolong sebagai ahli

sufi yang mengamalkan ajaran ‘Wahdatul Wujud’

atau ‘Wahdat-al-Wujud’. Shamsuddin al-Sumatrani

pernah menjadi penasihat atau pembesar kepada

Sultan Aceh, iaitu Sultan Alauddin Riayat Syah

(1580–1604) dan Sultan Iskandar Muda Mahkota

Alam (1607–1636). Dia bertugas di Istana Aceh

selama lebih kurang 35 tahun. Di samping itu, dia

dilantik sebagai ketua ulama seluruh Aceh.

Menurut catatan Frederick de Hotman dalam

bukunya Cort Verhael van’t Wederratens is

Fredeick de Hontman, tot Atchein (1603), Syeikh

Shamsuddin al-Sumatrani ialah penasihat agung

diraja. Terdapat sarjana yang menyamakan

Shamsuddin al-Sumatrani dengan Faidli dan Abu

Fadl, iaitu penasihat Raja Mughal Akbar di India.

UMUM 
BAHAMAN SHAMSUDDIN

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SHAMSUDDIN JAAFAR

SHAMSUDDIN JAAFAR (1942-     ), penulis, penyair dan penterjemah.  Shamsuddin lahir pada 16 Jun 1942 di Sungai Burung, Tanjung Karang, Selangor.  Dia menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Asam Jawa, Kuala Selangor dari tahun 1948 hingga tahun 1953.  Pada tahun 1957, dia meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Dato’ Abdul Razak, Tanjung Malim, Perak. Dia kemudian mengikuti Kelas Pelajaran Lanjutan di Maktab Teknik Kuala Lumpur hingga lulus Higher School Certificate.

SASTERATokoh
SHAMSUDDIN SALLEH

SHAMSUDDIN SALLEH (1906-1977), penulis.  Dia lahir pada 31 Ogos 1906 di Kota Betung, Siak, Sumatera, Indonesia. Dia memakai nama pena Sham.  Shamsuddin mendapat pendidikan awal di Sekolah Dasar Pekanbaru hingga Sekolah Guru Bantu (Leergang School).

SASTERATokoh
ABDUL KADIR SHAMSUDDIN, TAN SRI

Abdul Kadir Shamsuddin, Tan Sri (1920-1978), Ketua Setiausaha Negara (1970-1976). Beliau dilahirkan pada 3 November 1920 di Kajang, Selangor. Beliau bertugas sebagai penolong pegawai pos sebaik tamat belajar pada tahun 1939. Abdul Kadir memperoleh biasiswa dan melanjutkan pengajian dalam bidang ekonomi di Raffles College, Singapura.  Selepas itu, beliau mengikuti kursus undang-undang di Bristol University, England atas tajaan Queen’s Scholarship. Pada tahun 1954, beliau menyambung pengajian di Yale University, Amerika Syarikat setelah mendapat Fullbright Exchange Fellowship.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
DINSMANDINSMAN (1949 -    ), penulis, pelakon dan pengarah drama. Dia lahir pada 20 Mei 1949 di Kampung Raja, Jitra, Kedah. Nama sebenarnya Che Shamsuddin bin Othman. Dia mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu dan agama, kemudian dia memasuki Kolej Islam, Petaling Jaya.BUDAYATokoh
MALUNGUN

MALUNGUN (1938 -     ) penulis. Dia lahir pada 26 November 1938 di Chemor, Perak. Nama sebenarnya ialah Amir Hamzah bin Shamsuddin. Dia menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Chemor pada tahun 1946 dan menyambung pelajaran di Sekolah Melayu Central, Ipoh. Malungun kemudian menjadi guru pelatih dan pada tahun 1955, dia memasuki Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim. Pada tahun 1959, dia melanjutkan latihan perguruannya di Maktab Bahasa, Kuala Lumpur. Dia belajar  secara persendirian hingga lulus Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1963.

SASTERATokoh
CERPEN MALAYSIA

CERPEN MALAYSIA, antologi cerpen yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, dalam dua jilid pada tahun 1988. Jilid I diberi judul Cerpen Malaysia Sebelum Perang Dunia Kedua dan diselenggarakan oleh Hashim Awang. Antologi ini memuatkan 56 buah cerpen yang dihasilkan oleh penulis terkenal yang mewakili zaman sebelum Perang Dunia Kedua, iaitu dari tahun 1920-an hingga tahun 1941; antara lain, termasuklah Abdul Rahim Kajai, Ishak Haji Muhammad, Shamsuddin Saleh, Kasmani Arif, Harun Aminurrashid, Mahmud Ahmad dan Misbaha. Mereka ini kebanyakannya terdiri daripada golongan guru dan wartawan Melayu.

         

SASTERAKarya
PENULIS WARTAWAN

PENULIS WARTAWAN, golongan pengarang Melayu yang bekerja sebagai wartawan.  Mereka juga dikenal sebagai penulis ‘wartawan-sasterawan’.  Mereka muncul dan bergiat cergas sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua dan setelah merdeka.  Antara tokoh penting sebelum perang daripada golongan penulis ini ialah Abdul Rahim Kajai, Shamsuddin Salleh, Raja Mansor dan Ishak Haji Muhammad (Pak Sako).  Pada zaman selepas perang dan kemerdekaan pula, mereka terdiri daripada Ishak Haji Muhammad, A. Samad Ismail,  Ahmad  Boestamam (Ruhi Hayat) dan Alias Ali.  Mereka memiliki latar belakang pendidikan yang pelbagai dan pengalaman yang luas dalam bidang kewartawanan dan persuratkhabaran.

SASTERAKarya
USNO

USNO, parti politik.  USNO ialah singkatan United Sabah National Organisation.  Parti ini ditubuhkan pada 23 Disember 1961 hasil gabungan beberapa persatuan di Sabah.  Antara persatuan yang bergabung membentuk USNO ialah Persatuan Islam Sabah (PIS), Persatuan Islam Putatan (PIP) dan Pergaulan Anak Negeri Sandakan.  Kemunculan USNO adalah hasil daya usaha Datu Mustapha Datu Harun dan pemimpin-pemimpin Islam Sabah.  Antara pengasasnya ialah Dato’ Haji Zakaria Gun, Dato’ Ahmad Mahmud, Haji Yusuf Shamsuddin, Parman bin Hassan Raji, Dato’ Haji Ariffin, Datuk Abd. Malik Jangkat, Dato’ Othman Haji Sidik dan Datu K.M. Edinin.  Semenjak penubuhannya USNO diterajui oleh Datu Mustapha.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas