Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sharif


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SHARIF, OMAR

Sharif, Omar (1932– ) ialah nama pentas bagi

pelakon kelahiran Mesir. Dia menjadi bintang filem

terkenal apabila filem yang dibintanginya,

Lawrence of Arabia (1962) memenangi Academy

Award. Dia mengukuhkan statusnya apabila

melakonkan watak utama dalam filem Dr. Zhivago

(1965). Kedua-dua filem ini dihasilkan oleh

pengarah berketurunan British, David Lean. Pada

mulanya, Omar Sharif melakonkan watak hero

yang romantik, iaitu watak stereotaip yang sukar

dielakkannya. Kemudian, dia melakonkan watak

komedi ringan. Minat peribadinya adalah untuk

menjadi pelakon bertaraf dunia. Omar Sharif lahir

di Iskandariah. Nama sebenarnya ialah Michael

Shalhoub.

UMUM 
NAWAZ SHARIF

Nawaz Sharif (1949– ), perdana menteri

Pakistan dari tahun 1990 hingga tahun 1993. Dia

dilantik selepas partinya Islamic Democratic

Alliance memperoleh kemenangan yang besar

dalam pilihan raya kebangsaan. Dasar yang

diisytiharkan olehnya adalah untuk menghapuskan

perselisihan lama dan kesetiaan parokial. Dia juga

mempunyai matlamat untuk mewujudkan integrasi

nasional, menggalakkan perindustrian, dan

mengurangkan pergantungan bantuan dari luar

negara.

UMUM 
MAAHAD EL-EHYA AL-SHARIF

Maahad el-Ehya al-Sharif, sekolah agama dan pusat gerakan nasionalisme Melayu Islam. 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MOHAMAD SHARIF OSMAN

MOHAMAD SHARIF OSMAN (1880-an-    ?    ), Menteri Besar Kedah (1948-1954).  Dia lahir di Pulau Pinang.  Kedua-dua ibu bapanya adalah anak angkat kepada Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Syah, Sultan Kedah.  Bapanya bertugas sebagai wakil kerajaan Kedah di Pulau Pinang di samping menyelia pelajar-pelajar yang terdiri daripada kerabat diraja dan anak bangsawan Kedah yang menuntut di Pulau Pinang.  Mohamad Sharif mendapat pendidikan Inggeris di Penang Free School hingga tamat Darjah Tujuh.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SHATIBIY’, ABU ISHAQ AL-

Shatibiy’, Abu Ishaq al- ( ? –790 H./? –1388 M.),

ulama usul dan hafiz dari kalangan imam mazhab

Maliki. Nama sebenarnya ialah Abu Ishaq ibn

Ibrahim ibn Musa ibn Muhammad al-Lakhamiy

al-Gharnatiy al-Shatibiy’. Ramai ulama yang belajar

dengannya seperti Al-Fakhar al-Albiriy, Abu

‘Abdullah al-Balnasiy, Abu ‘Abdullah al-Sharif al-

Tilmasaniy, Abu Bakr ibn ‘Asim dan ‘Abdullah

al-Bayyatiy.

UMUM 
DATU DIMANSAKAY

DATU DIMANSAKAY (? -1597), Sultan Maguindanao yang keempat. Kesultanan Maguindanao telah diasaskan oleh Sharif Muhammad Kebongsuan pada awal abad ke-16. Baginda menaiki takhta pada sekitar tahun 1579.

        

           

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MAHDIY, MUHAMMAD AHMAD AL-

Mahdiy, Muhammad Ahmad al- (1260 H.–

1302 H./1844 M.–1885 M.), tokoh politik dan

pemimpin agama di Sudan. Nama sebenarnya ialah

Muhammad Ahmad ibn al-Sayyid ‘Abdullah yang

juga digelar al-Mahdiy. Dia lahir di Pulau Labab di

wilayah Danqala, di utara Sudan. Bapanya bekerja

dalam industri pembuatan kapal layar di Sungai

Nil, dan berasal daripada keluarga bangsawan. Dia

mempelajari al-Qur’an di Khartoum sambil berguru

kepada Syeikh Muhammad al-Khayr dalam bidang

fiqah. Dia cenderung kepada bidang tasawuf. Oleh

sebab itu, dia berguru dengan Syeikh Muhammad

Sharif Nur al-Da’im, guru tarekat sufi al-Samaniyyah

pada tahun 1273 H./1861 M. sehingga bertaraf

syeikh (imam/guru). Dia kemudiannya pergi ke

Pulau Aba lantas membina sebuah masjid untuk

tujuan ibadat dan pengajian. Dakwahnya mendapat

sambutan ramai di wilayah Jazirah yang terletak di

tengah Sudan. Sepanjang tahun 1295 H./1876 M.,

al-Mahdiy dan gurunya, Muhammad Syarif sentiasa

berselisih pendapat hinggakan mereka berpisah.

Selepas itu, dia bergabung dengan Syeikh al-

Qurshiy, salah seorang guru tarekat Samaniyyah

sehingga Syeikh al-Qurshiy meninggal dunia. Dia

diamanahkan untuk menggantikan tempat Syeikh

al-Qurshiy dan menjadi guru tarekat Samaniyyah.

Semasa berada dalam tarekat ini, dia berkenalan

dengan ‘Abdullah al-Ta‘ayushiy.

UMUM 

Kembali ke atas