| SHAW, RUNME | Shaw, Runme (1901–1985) ialah penerbit filem China yang mengetuai Shaw Brothers Organisation. Syarikat ini memiliki banyak studio filem di Hong Kong, dan 140 buah pawagam di Asia Tenggara. | UMUM | |
| SHAW, GEORGE BERNARD | Shaw, George Bernard (1856–1950), dramatis, pengkritik, dan penulis esei kelahiran Ireland yang merupakan salah seorang tokoh sastera yang penting pada tahun 1900-an. Dia menerima Hadiah Nobel untuk bidang kesusasteraan pada tahun 1925. | UMUM | |
| SHELLEY, PERCY BYSSHE | Shelley, Percy Bysshe (1792–1822) ialah salah seorang pemuisi lirik Inggeris. Dia telah membuat ujian terhadap banyak gaya persuratan dan mempunyai pengaruh terhadap ramai penulis terkemudian, khususnya Robert Browning, Algernon Charles Swinburne, William Butler Yeats, George Bernard Shaw, dan Thomas Hardy. | UMUM | |
| ANDROCLES | Androcles juga dinamakan Androclus, ialah hamba Rom yang melarikan diri dari tuannya dan bersembunyi di dalam gua. Dia menarik keluar duri dari tapak kaki seekor singa yang menderita kesakitan. Kemudian, Androcles berhadapan dengan singa yang sama dalam gelanggang Rom. Singa itu mengenali Androcles dan enggan mencederakannya. Drama George Bernard Shaw, Androcles and the Lion (1912) adalah berdasarkan cerita ini. | UMUM | |
| IBRAHIM HUSSEIN | IBRAHIM HUSSEIN (1936- ), pelukis. Dia lahir pada 13 Mac 1936 di Alor Setar, Kedah. Ibrahim mendapat pendidikan awal dalam bidang seni lukis dari Akademi Seni Halus Nanyang, Singapura pada tahun 1956 selama enam bulan. Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Byam Shaw School of Drawing and Painting (1959-1963) dan di Royal Academy of Fine Arts (1963-1966), kedua-duanya di London. Pada tahun 1967, dia dianugerahi Fullbright Travelling Scholarship, diikuti dengan John D. Rockefeller III Fellowship yang membolehkannya belajar serta berkarya di New York. | BUDAYA | Tokoh |
| IBU MERTUAKU | IBU MERTUAKU , filem Melayu karya dan arahan P. Ramlee. Filem ini adalah produksi filem hitam putih Malay Film Productions pada tahun 1962, dan penerbitnya ialah Run Run Shaw. P. Ramlee juga mencipta muzik dan lagu untuk filem ini, manakala S. Sudarmaji mencipta seni kata lagu-lagu tersebut. A.V. Bapat pula menjadi pereka bangunan dan juruhias dan A. Bakar Ali sebagai jurugambar. | BUDAYA | Karya |
| STUDIO JALAN AMPAS | STUDIO JALAN AMPAS, studio pengeluar filem hitam putih terbesar pada tahun 1930-an hingga tahun 1960-an. Studio ini terletak di Boon Teck Road, Singapura. Jalan Ampas ialah sebatang jalan pendek, cabang dari jalan yang lebih besar bernama Balestier Road. Studio yang berasal daripada sebuah sekolah Cina ini dibeli oleh Shaw Brothers dan diubahsuai menjadi pejabat. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |