| SHIRE | Shire ialah kawasan pentadbiran bagi negeri-negeri Anglo-Saxon pada zaman awal England. Shire mempunyai sempadan yang tetap dan terdiri daripada daerah kecil yang dikenali sebagai hundreds. Ketua pegawai shire dikenali sebagai reeve atau shire-reeve. Perkataan sheriff berasal daripada gelaran ini. Banyak kaunti di England mengekalkan perkataan shire pada namanya dan banyak sempadan kaunti mengikut sempadan shire lama. Perkataan shire kadangkalanya dirujuk secara bersama untuk kaunti masa kini. Shire juga merupakan nama seekor kuda penarik beban yang pertama kali dibiak baka di Shire Midland, England. Lihat juga Kaunti; Kuda. | UMUM | |
| AYR | Ayr (pend. 9012) ialah bandar utama bagi Shire of Burdekin di Queensland, Australia. Ia merupakan pusat perdagangan kawasan perdagangan Clare, Millaroo dan Dalbeg. Ayr terletak di delta Sungai Burdekin di salah satu kawasan pengeluaran gula dan beras yang terutama di Australia. Ia juga terletak di lebuh raya utama utara dan jalan kereta api di pantai timur laut tengah Queensland, kira- kira 80 kilometer ke selatan Townsville. Ayr mula diukur pada tahun 1882 dan dinamakan pada tahun 1883. | UMUM | |
| TASIK NYASA | Tasik Nyasa ialah tasik yang terletak paling selatan dalam rangkaian tasik air tawar besar di Lurah Sesar Besar di timur Afrika. Ia terletak lebih kurang 640 kilometer ke pedalaman dari Lautan Hindi. Tasik Nyasa, juga dikenali sebagai Tasik Malawi , mengalir ke Lautan Hindi melalui Sungai Shire dan Sungai Zambezi (lihat Malawi ). | UMUM | |
| TASIK HINDMARSH | Tasik Hindmarsh ialah tasik air tawar yang terbesar di Victoria, Australia. Luas tasik ini 12 000 hektar. Pinggir tasik ini melebihi 64 kilometer namun permukaan airnya tidak menentu kerana tasik ini menjadi kering pada tahun yang kering dan menjadi sebuah kawasan tanah datar yang diselaputi garam. Tasik Hindmarsh terletak di Dimboola Shire, kira-kira lima kilometer ke timur laut Jeparit. | UMUM | |