BATU KAPUR | Batu kapur, sejenis batuan endapan kimia, yang terdiri daripada bahan karbonat iaitu mineral kalsit, CaCO­­3. Batuan ini kira-kira 10% dari kesemua batuan endapan di dunia. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |
KESULTANAN MELAYU | KESULTANAN MELAYU, institusi kerajaan bagi Ke­dah, Perak, Terengganu, Selangor, Kelantan, Perlis, Pa­hang dan Johor. Kerajaan pula ialah institusi pemerintahan bagi Negeri Sembilan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
KERABAT DIRAJA | KERABAT DI RAJA, jalinan atau hubungan saudara­-mara raja termasuk saudara-mara terdekat dan saudara-­mara yang jauh. Perkataan kerabat berasal daripada bahasa Arab dan merujuk kepada keluarga yang terdekat. Perkataan kerabat dalam bahasa Melayu turut merang­kumi keluarga yang jauh. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
KERI | KERI, alat pertanian tradisi untuk membersihkan rumput­ rampai dan tumbuhan melata di sawah padi. Rupa keri seperti cangkul tetapi lebih kecil. Mata keri diperbuat daripada besi waja. Bentuknya bengkok. Bahagian belakangnya tumpul manakala bahagian hadapannya tajam., Panjang hulu keri lebih kurang 0.92 cm, diperbuat dari­pada kayu keras dan tahan tetapi ringan seperti kayu halban. | BUDAYA | Alat/Alatan |
KESATUAN KEBANGSAAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN | KESATUAN KEBANGSAAN GURU-GURU SE­KOLAH KEBANGSAAN, kesatuan guru yang mengajar di sekolah rendah dan menengah. Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Sekolah Kebangsaan atau ringkasnya KKGSK menggantikan Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Melayu Lain-lain Latihan (KKGMLL). KKGMLI, ditubuhkan di Muar pada 24 Mei 1954 dan ahli-ahlinya terdiri daripada guru-guru Teachers Under Other Scheme (TUOS). KKGMLL kemudiannya ditukar nama kepada Ke­satuan Kebangsaan Guru-guru Sekolah Umum (KKGSU) pada tahun 1985. Pertukaran nama ini selaras dengan Laporan Razak. Keahlian KKGSU terbuka kepada semua guru yang mengajar di sekolah umum rendah dan menengah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
KESATUAN AKSI MAHASISWA INDONESIA | KESATUAN AKSI MAHASISWA INDONESIA, gabungan persatuan mahasiswa di Indonesia yang menentang Gerakan 30 September 1965 (Gestapu). Kesatuan Aksi Mahasiswa Indonesia atau ringkasnya KAMI, dirasmikan pada 25 Oktober 1965 di rumah Menteri Pen­didikan Tinggi waktu itu, Brig. Jen. Dr. Syarif Thayeb. Antara pemimpin yang terlibat termasuklah Cosmas Batubara, David Napitupulu, Abdul Gafur, Marsilam Siman­juntak dan Liem Bian Koen. Anggota KAMI terdiri daripada Himpunan Mahasiswa Islam, Pergerakan Mahasiswa Islam Indonesia, Serikat Organisasi Mahasiswa Lokal, Perhimpunan Mahasiswa Katholik Republik Indonesia, Gerakan Mahasiswa Kristen Indonesia, Ikatan Mahasiswa Muhammadiyah, Serikat Mahasiswa Muslimin Indonesia dan lain-lain. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
KERONGSANG | KERONGSANG, barang perhiasan diri yang disemat­kan di baju atau alat untuk mengancing baju. Biasanya kerongsang digunakan untuk mencantumkan belahan baju kebaya labuh dan baju belah. Kerongsang dibentuk dengan menggunakan logam emas, perak, suasa dan tembaga, dan dihiasi batu permata seperti zamrud, nilam, intan dan delima. | BUDAYA | Kraf Tangan |
KURSI TUN ABDUL RAZAK | KERUSI TUN ABDUL RAZAK, pembiayaan untuk Pengajian Asia Tenggara di Pusat Pengajian Antarabangsa, University of Ohio oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di Kuala Lumpur yang bermula pada tahun 1980. Kerusi ini didedikasikan kepada Tun Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia yang pertama dan Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Kerusi ini ditubuhkan bagi meneruskan semangat dan usaha yang telah dibina oleh­nya bagi manfaat manusia sejagat. Kerusi ini ditaja dan dibiayai bersama oleh kerajaan Malaysia dan beberapa buah firma Amerika yang beroperasi di Malaysia. Uni­versity of Ohio pula memberi keperluan asas yang lain bagi membiayai seorang sarjana Malaysia untuk bertugas di universiti tersebut. | BAHASA | Anugerah/Hadiah |
KESULTANAN PERLIS | KESULTANAN PERLIS, institusi kerajaan Perlis. Kesultanan Perlis merupakan kesultanan yang paling kecil sekali antara sembilan buah Kesultanan Melayu. Penubuhan Kesultanan Perlis menunjukkan keunikan sosiopolitiknya sekiranya diban dingkan dengan Kesultanan Melayu yang l ain. Sejarah Perlis sebagai sebuah wilayah dalam Kesultanan Kedah telah wujud sejak zaman lam­pau dan Perlis selalu dilihat sebagai tapak pedalaman kuasa politik raja pemerintah Kedah. Namun sejarah Kesultanan Perlis hanya bermula antara tahun 1839 hingga tahun 1842 apabila wilayah itu dipisahkan dari Kedah dan diiktiraf oleh Raja Siam sebagai sebuah negeri yang berdaulat dalam lingkungan politik Siam. Dengan itu, dapat dikatakan bahawa kewujudan Kesultanan Perlis adalah kesan campur tangan kuasa luar dan legitimasi dinasti pemerintahnya berasaskan surat tauliah Raja Siam pada tahun 1842. Hingga tahun 1909, alat kebesaran Raja Perlis ialah surat bertauliah tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
KESATUAN GURU-GURU MELAYU MALAYSIA BARAT | KESATUAN GURU-GURU MELAYU MALAYSIA BARAT, kesatuan guru yang berdaftar di bawah Pen­daftar Kesatuan Sekerja Malaysia. Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) ditubuhkan pada tahun 1968 dan diluluskan pendaftarannya pada 1 Mei 1968. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |