Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sia.sia] | سيا٢

Definisi : 1. tidak berguna, tidak bermanfaat, tidak mendapat apa-apa hasil, percuma, sesia: membuang wang dgn ~; ~ berbuat baik kpd orang yg tidak berbudi; dia tidak membuang masanya dgn ~; 2. kurang berhati-hati (ketika melakukan sesuatu), dgn sembarangan sahaja: menuduh orang dgn ~ sahaja; ~ hutang tumbuh prb jika terlalu berani mem­buat sesuatu, akhirnya hutang akan bertimbun; ~ negeri alah prb pekerjaan yg dilakukan dgn kurang hati-hati itu akan mendatangkan bahaya dan kerugian; bersia-sia tidak berguna, percuma; mensia-siakan 1. menjadikan (menganggap) sia-sia, tidak mahu mempergunakan, meng­anggap enteng, membuang-buang (wang, tenaga, dll) dgn percuma: sayang hari muda­mu kausia-siakan dgn menunggu orang yg telah meninggalkan engkau; mereka sanggup ~ umur kerana mencari-cari guru atau imam yg maksum; 2. tidak mengendahkan atau mempedulikan (janji, kewajiban, dll), me­ngecewakan (harapan dll), mengabaikan: aku tidak akan ~ kau apabila kau jadi isteriku; ~ hidup merosakkan hidup; ~ nyawa a) mem­buang nyawa dgn sia-sia; b) merosakkan hidup; ~ umur menjadi tua dgn tidak menghasilkan apa-apa; tersia-sia tidak berguna: kerana tidak mendapat pelajaran dan latihan yg sem­purna, banyak anak muda kita yg ~ hidup mereka; kesia-siaan hal yg sia-sia: sudah ngeri hamba mengira-ngirakan ~ hamba. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sia.sia] | سيا٢

Definisi : tidak ada gunanya; tidak mendatangkan apa-apa hasil; terbuang saja: ~ berbuat baik kpd orang yg tidak bertimbang rasa. membuang wang dgn ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sia
Kata Terbitan : sia-sia, mensia-siakan,

Puisi
 

Kalau tak boleh mengkuang kutetak,
     Sia-sia mudik ke hulu;
Kalau tak boleh muda kuhendak,
     Sia-sia memujuk guru.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Alpa negeri alah,
     sia-sia hutang tumbuh.

Bermaksud :

Alpa dan lalai mengakibatkan bencana.

 

Lihat selanjutnya...(81)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MORAVIA, ALBERTO

Moravia, Alberto (1907–1990), penulis Itali. Dia

mungkin penulis novel dan penulis cerpen Itali

yang paling ulung pada tahun 1900-an. Karyanya

mempunyai gambaran dan dialog yang realistik,

gaya penulisan yang bebas dan jelas serta

memberikan pandangan yang tajam mengenai

gelagat manusia. Dalam penulisannya, Moravia

mengkritik keruntuhan moral di Itali dan

menggambarkan watak-watak yang terasing dari

masyarakat dan ketandusan emosi. Dia juga

menggambarkan seks tanpa cinta yang sia-sia dan

perkahwinan sebagai jalan keluar dari penyakit

sosial.

UMUM 
MILKUL YAMIN

Milkul Yamin merupakan istilah yang ditujukan

kepada perempuan kafir dan musyrik yang menjadi

tawanan tentera Islam. Istilah ini ada disebut dalam

al-Qur’an pada beberapa ayat seperti dalam surah

al-Mu’minun, Allah S.W.T. berfirman yang

bermaksud:

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang

beriman, iaitu mereka yang khusyuk di dalam

sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri

dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan

mereka yang berusaha membersihkan hartanya. Dan

mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali

kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka

sesungguhnya mereka tidak tercela, kemudian

sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian,

maka merekalah orang-orang yang melampaui batas”.

(Surah al-Mu’minun 23:1–7)

UMUM 
PERANG SARAF

Perang saraf menggunakan propaganda untuk

mencapai tujuan yang tertentu. Perang saraf boleh

digunakan sebelum perang untuk mencegah

meletusnya peperangan ataupun semasa perang

untuk memenanginya. Sesebuah negara

menggunakan perang saraf untuk meyakinkan

negara musuh bahawa mereka tidak akan menang

jika berlakunya perang dan justeru itu, peperangan

tidak perlu dimulakan. Semasa perang, negara

menggunakan perang saraf untuk meyakinkan

pasukan tentera musuh bahawa perjuangan

mereka itu tidak adil dan sia-sia, dan untuk

melemahkan keyakinan terhadap para pemimpin.

Matlamatnya ialah memusnahkan tekad musuh

untuk berperang.

UMUM 
BATAL

Batal, sesuatu yang tidak sah dan menyalahi hukum syarak. Dengan erti kata lain, amalan tersebut tidak diterima atau sia-sia dan tidak diberikan pahala.

AGAMAKonsep
BERITA MINGGU

BERITA MINGGU, akhbar  mingguan berbahasa Melayu  yang dicetak dan diterbitkan oleh The New Straits Times Press (M’sia) Bhd., Kuala Lumpur.  Akhbar ini adalah sebahagian daripada akhbar  Berita Harian  dan  diterbitkan pada hari Ahad sahaja. Keluaran pertamanya ialah pada 10 Julai 1960, mengandungi lapan halaman dan dijual dengan harga 15 sen senaskhah.  Akhbar ini  menggunakan tulisan Rumi. Dalam keluarannya yang terawal, akhbar ini memuatkan berbagai-bagai berita termasuklah iklan, rencana umum, sastera, filem, sukan dan berita semasa.

SASTERAKitab
BERITA HARIAN

BERITA HARIAN,  akhbar harian berbahasa Melayu yang dicetak dan diterbitkan oleh The New Straits Times Press (M’sia) Bhd., Kuala Lumpur.  Akhbar ini mula diterbitkan di Singapura oleh Straits Times pada hari Isnin 1 Jun 1957, tetapi sejak 24 Julai 1957 akhbar ini diterbitkan di Kuala Lumpur.  Pengarangnya yang pertama ialah A. Samad Ismail.  Akbhar ini pada mulanya mengandungi lapan halaman dan dipasarkan dengan harga 15 sen.

SASTERAKitab
SISTEM BENUA

Sistem benua, merupakan usaha menahan

perdagangan United Kingdom dengan Negara-negara

Eropah yang lain pada awal tahun 1800-an.

Napoleon I Perancis menerimanya sebagai cara

perang ekonomi menentang United Kingdom.

Napoleon memulakan sistem ini melalui Dekri

Berlin pada 21 November 1806 yang

mengisytiharkan United Kingdom sebagai sebuah

negara yang dikenakan sekatan. Sekatan ini

diperluaskan melalui Dekri Milan 1807 kepada

kapal berkecuali yang berlabuh di United

Kingdom. Napoleon bertempur dalam Perang

Semenanjung dalam usaha sia-sianya

menguatkuasakan sistem itu. Namun tindakannya

itu membuktikan faktor utama yang menyebabkan

Rusia kehilangan sekutunya. Lihat Napoleon I

(Kejatuhan kuasanya).

UMUM 

Kembali ke atas