SIANTAN | SIANTAN, salah satu pulau dalam kelompok Pulau Anambas, Indonesia, dan sebahagian daripada kepulauan di Laut China Selatan yang dikenal sebagai Pulau Tujuh. Kepulauan Pulau Tujuh yang terletak di antara Semenanjung Tanah Melayu dengan Kalimantan, termasuk lebih daripada 300 buah pulau. Orang setempat membahagikan kepulauan itu ke dalam tujuh kelompok, iaitu Jemajar (Anambas Barat), Siantan (Anambas Besar), Pulau Laut (Natuna Utara), Bunguran (Natuna Besar), Subi (Natuna Selatan), Serasan (Pulau Perompak) dan Tambelan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
DAENG KEMBOJA | DAENG KEMBOJA (? -1777), Yang Dipertuan Muda Riau yang ketiga (1745). Dia lahir di Siantan. Bapanya Daeng Parani putera sulung Raja Bugis, Opu Tendribureng Daeng Rilaka. Ibu Daeng Kemboja orang Siantan, anak Nakhoda Alang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RAJA KECIL | RAJA KECIL ( ? -1746), Sultan Johor-Riau (1718-1722). Baginda menduduki takhta kerajaan Johor pada tahun 1718 dengan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah. Menurut Sejarah Melayu, Raja Kecil mendakwa baginda adalah putera Sultan Mahmud (Marhum Mangkat Dijulang) dan ibunya, Encik Pong. Raja Kecil dibesarkan di istana Minangkabau. Baginda mendapat kebenaran daripada Puteri Jamilan mengembara ke Tambang, Limon, Batanghari, Palembang, Johor, Lawas, Siantan, Bangka dan akhirnya pulang semula ke Minangkabau. Ketika berada di Lawas, Raja Kecil berkahwin dengan anak Dipati Mata Kucing. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |