Sains politik ialah kajian sistematik tentang kehidupan politik. Ahli sains politik mencari jawapan kepada soalan seperti “Atas dasar apakah yang mewajarkan tindakan kerajaan?” dan “Untuk kepentingan siapakah kerajaan bertindak?” Mereka mengkaji pelbagai bentuk kerajaan dan juga parti politik, kumpulan yang mempengaruhi kerajaan, pilihan raya, hubungan antarabangsa, dan perkhidmatan awam. Kesemua ini adalah aktiviti individu dan kumpulan yang melibatkan hubungan asas manusia. Sains politik adalah berhubung dengan nilai asas, seperti kesamaan, kebebasan, keadilan, dan kuasa. |