SUARA MALAYSIA | SUARA MALAYSIA, rancangan penyiaran khas untuk pendengar di luar Malaysia. Suara Malaysia ditubuhkan sebagai Suara Malaya pada 15 Februari 1963. terdapat tiga perkhidmatan pada peringkat permulaan, iaitu siaran bahasa Indonesia, bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin. Setiap unit mengendalikan satu jam masa siaran sehari. Tujuan awal penubuhan Suara Malaysia adalah untuk membanteras propaganda anti-Malaysia dan dasar Konfrontasi Indonesia. Sambutan yang menggalakkan daripada pendengar di Indonesia menyebabkan Suara Malaysia menambah waktu siaran. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PERAKAM PITA | Perakam pita ialah alat untuk merakamkan bunyi, gambar dan pelbagai jenis maklumat pada pita magnet. Ia juga boleh memainkan semula rakaman pita. Perakam pita digunakan dengan meluas oleh industri rakaman dan dalam siaran radio dan televisyen. Berjuta-juta orang gemar mendengar muzik dari perakam pita di rumah dan dalam kereta mereka. Rakaman pita dari buku yang dikenali sebagai buku bercakap, dibuat khas untuk orang buta. Perakam pita juga boleh digunakan untuk merakamkan data dari komputer, perencanaan, bacaan dari alat saintifik dan isyarat yang mengaktifkan kelengkapan berautomasi. | UMUM | |
BINTANG RADIO | BINTANG RADIO, pertandingan nyanyian tahunan yang popular di kalangan pendengar Radio Malaysia sebelum adanya siaran televisyen. Pertandingan ini diperkenalkan pada tahun 1956 dan ditamatkan pada tahun 1970. Tujuannya adalah untuk mencungkil dan memupuk bakat baru dalam bidang seni suara. Usaha ini juga menggalakkan lebih ramai penyanyi tempatan memperbaiki mutu seni suara untuk rakaman piring hitam atau persembahan di kelab malam. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
PERJUDIAN BOLA SEPAK | Perjudian bola sepak ialah suatu bentuk perjudian yang popular di United Kingdom. Berjuta-juta orang mengambil bahagian dalam perjudian bola sepak ini. Mereka mempertaruhkan sejumlah wang yang kecil dan cuba meramalkan keputusan perlawanan bola sepak. Ramai orang yang bermain judi ini mendengar dengan cemas siaran keputusan perlawanan pada setiap hari Sabtu pada musim perlawanan bola sepak. Mereka berharap telah membuat ramalan yang tepat dan memenangi hadiah. Pada hari-hari tertentu apabila banyak perlawanan tidak dapat diadakan kerana cuaca buruk, sekumpulan orang yang dilantik khas yang dikenali sebagai panel perjudian membuat penetapan tentang keputusan yang mungkin tercapai sekiranya perlawanan tersebut benar-benar diadakan. Hadiah perjudian ini kemudian diberi berasaskan keputusan panel tersebut. | UMUM | |
SANDIWARA | SANDIWARA, corak persembahan drama yang dilakonkan dia tas pentas atas sebagai siaran radio. Istilah sandiwara digemari pada tahun 1950-an hingga tahun 1960-an. Istilah sandiwara yang lain ialah citrawara, tetapi kini kedua-duanya tidak lagi digunakan, sebaliknya timbul pula istilah drama pentas ataupun teater. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
ALAT MAIN PIRING HITAM | Alat main piring hitam ialah peranti yang mengeluarkan semula bunyi yang telah dirakamkan pada piring hitam. Alat main piring hitam juga dikenali sebagai gramofon atau peti nyanyi . Alat ini digunakan secara meluas bagi memainkan muzik rakaman untuk didengar dan ditarikan. Di samping muzik, orang ramai turut mendengar piring hitam untuk persembahan drama, pembacaan puisi, dan ucapan. Kebanyakan stesen radio menggunakan alat main piring hitam bermutu tinggi untuk memainkan piring hitam bagi siaran menerusi gelombang udara. | UMUM | |
ORKESTRA RTM | ORKESTRA RTM, kumpulan pancaragam yang ditubuhkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, Orkes Radio Malaya yang ditubuhkan pada tahun 1956 diberi nama Orkes Tiga Serangkai. Orkes ini dipimpin oleh Alfonso Soliano yang juga pemain piano dan dianggotai oleh Mahadzir Yassin, pemain dabal bes dan J.J. Villinguez, pemain dram. Orkes ini menyediakan rancangan muzik untuk siaran. Semasa diadakan Pertandingan Mencipta Lagu Kebangsaan dan Bintang Radio yang bertujuan untuk mencungkil bakat pencipta lagu dan penyanyi, orkes ini mempunyai lapan orang ahli dan ditukar nama kepada Orkes Studio Puspa Irama. | BUDAYA | Kegiatan |