SIBU | SIBU, pelabuhan penting di Sarawak pada abad ke-19. Dari segi geografi, Sibu terletak seolah-olah di atas sebuah pulau yang terbentuk oleh lekukan Sungai Rajang dengan Sungai Igan. Pada asalnya bandar Sibu adalah sebuah perkampungan orang Melanau yang disebut Kampung Nangka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
MIRI | Miri ialah bandar raya yang ketiga terbesar di Sarawak, selepas Sibu dan Kuching. Ia dikenal sebagai bandar minyak kerana sumbangannya yang besar bagi ekonomi industri petroleum. Penempatan dan perkembangan bandar Miri tertumpu di sepanjang Sungai Miri dan di tanah pamah yang panjang, menganjur dari bandar Lutong di utara hingga ke Bakam di selatan. Miri mengalami pertumbuhan penduduk yang tinggi. Komuniti lain yang tinggal di Miri ialah Dayak, Kadazan dan bangsa Eropah. | UMUM | |
ABANG HAJI MUHAMMAD SALAHUDDIN | ABANG HAJI MUHAMMAD SALAHUDDIN, Tun(1921- ),ahli politik, Yang Dipertua Negeri Sarawak yang ketiga (1977-1981). Dia lahir pada 27 Ogos 1921 di Kampung Nangka, Sibu, Sarawak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ROSLI DHOBI | ROSLI DHOBI (1931-1950), nasionalis. Rosli Dhobi lahir pada 18 Mac 1931 di Sibu, Sarawak. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Methodist, Sibu, Sarawak. Rosli Dhobi adalah salah seorang yang dimanifestasikan untuk menentang penyerahan Sarawak secara terus kepada pemerintahan koloni di England. Pada 14 Mei 1946, Majlis Mesyuarat Negeri mengesahkan Sarawak menjadi jajahan British yang menandakan tamatnya pemerintahan keluarga Brooke di Sarawak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK | ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Sarawak di Kuching, Seri Aman, Miri, Sibu, Bintulu dan Limbang. Adat perkahwinan dan peraturan kekeluargaan penduduk Melayu Sarawak tertakluk kepada Undan-undang Mahkamah Melayu Sarawak yang mula dilaksanakan pada tahun 1910 di bawah pentadbiran Majlis Islam. Perkahwinan di kalangan masyarakat Melayu Sarawak terbahagi kepada lima. Pertama, ‘nikah benar’ iaitu perkahwinan yang biasa berlaku dan mengikut segala peraturan hukum dan adat yang biasa. Kedua, ‘nikah salah’ iaitu perkahwinan setelah melakukan perbuatan yang curang atau sumbang. Ketiga, ‘nyerah diri’ dan keempat, ‘ngekot’, serta kelima, ‘basuh kaki’. Nyerah diri berlaku jika lelaki menyerahkan dirinya kepada keluarga perempuan yang berada kerana tidak mampu untuk berkahwin mengikut adat. Keluarga perempuan boleh menghalau atau menolaknya secara lembut dengan mengenakan syarat yang ketat. Ngekot pula berlaku jika perempuan lari dari rumah untuk mengikut kekasihnya. Basuh kaki ialah perkahwinan yang sebahagian besar belanjanya ditanggung oleh pihak perempuan. Merisik Mencari jodoh dilakukan melalui keserasian antara pasangan lelaki dan perempuan. Apabila ibu bapa merasakan anak lelaki mereka sudah cukup umur untuk berkahwin, mereka akan mencadangkan nama beberapa orang gadis daripada saudara dekat dengan mengambil kira persamaan status dalam masyarakat. Anak lelaki dibenarkan membuat pilihannya sendiri dan pemilihannya itu diuji melalui ‘berugam’. Upacara menguji keserasian ini dijalankan oleh orang perempuan sahaja. Barang yang digunakan dalam upacara ini ialah ‘turak’ (alat penenun yang bulat), beras, tepung tawar iaitu tepung beras yang dicampur dengan limau, sirih tiga kapur dan tiga gulung rokok. | BUDAYA | Konsep |
TUANKU HAJI BUJANG TUANKU HAJI OTHMAN, TUN | TUANKU HAJI BUJANG TUANKU HAJI OTHMAN, Tun (1890-an – 1986), Yang Dipertua Negeri Sarawak yang kedua. Dia lahir di Sibu, Sarawak. Tuanku Bujang adalah daripada keturunan Arab-Melayu. Tuanku Bujang mendapat pendidikan Melayu dan pernah menjadi ketua anak negeri dalam perkhidmatan pentadbiran Brooke dan kemudian dinaikkan pangkat ke jawatan pegawai tadbir pada masa British. Semasa pendudukan Jepun, dia telah dilantik mewakili orang Melayu Sibu dan bertanggungjawab ke atas hal-ehwal orang Melayu (bersama-sama dengan Abang Haji Openg). Tuanku Bujang merupakan salah seorang pemimpin Melayu yang menentang penyerahan Sarawak kepada British pada tahun 1946. ini menyebabkan berlakunya perselisihan dengan Datu Bandar Abang Mustapha, pemimpin Melayu yang propenyerahan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
AHMAD ZAIDIE WAN ADRUCE, TUN | AHMAD ZAIDIE WAN ADRUCE, Tun (1924- ), Yang Dipertua Negeri Sarawak yang kelima (1985- ). Dia lahir pada 29 Mac 1924 di Sibu, Sarawak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
PESAKA | PESAKA, parti politik. PESAKA ialah singkatan Parti Pesaka Anak Sarawak. Parti ini ditubuhkan oleh orang Iban di Bahagian Sibu, Sarawak pada bulan Ogos 1962. Antara pemimpin Iban ang bertanggungjawab menubuhkan PESAKA ialah Penghulu Musam anak Radin, Penghulu Francis Bujang anak Manja dan Penghulu Francis Umpau. Temenggung Jugah kemudian dilantik sebagai Presiden PESAKA. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
PESTA KAUL | PESTA KAUL, upacara puja pantai yang dirayakan setiap tahun oleh masyarakat Melanau terutama di kalangan Melanau Likau di Sarawak. Biasanya pesta ini diadakan pada bulan Mac atau awal bulan April setiap tahun setelah musim tengkujuh berakhir. Pesta ini diadakan di kawasan pantai atau di sebelah kanan muara sungai, di pesisiran Bahagian Sibu, Bahagian Miri dan Bahagian Sarikei. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
AHMAD ZAIDIE ADRUCE MOHAMMED NOOR, TUN | Ahmad Zaidie Adruce Mohammed Noor, Tun (1924-2000), Yang di-Pertua Negeri Sarawak (1985-2000). Beliau dilahirkan pada 29 Mac 1924 di Sibu, Sarawak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |