BURUNG SIKAP MALAM | Burung sikap malam banyak menyerupai whippoorwill, yang ada hubungan dengannya. Burung ini bukan burung helang. Burung sikap malam kira-kira 25 sentimeter panjang, dan warna bulunya bercampur-campur coklat, hitam, dan putih, dan bertompok putih pada lehernya. | UMUM | |
SEMANGAT | Semangat merupakan sikap atau pandangan umum seseorang individu atau sesuatu kumpulan terhadap situasi tertentu. Ia mempengaruhi dan dipengaruhi oleh faktor seperti sikap optimistik, keyakinan, dan keazaman. Semangat boleh mempengaruhi kesejahteraan dan prestasi, dan berkaitan rapat dengan apa yang dikenali sebagai semangat kekitaan . Apabila semangat ‘tinggi’, rasa keyakinan seseorang individu atau kumpulan biasanya bagus, dan menghasilkan prestasi tinggi. Apabila semangat ‘rendah’, prestasi biasanya turut rendah. | UMUM | |
BAJU SIKAP | BAJU SIKAP, sejenis baju pendek pakaian lelaki, berbelah di hadapan dengan pelbagai potongan. Baju ini merupakan pakaian tradisional orang Melayu di Tanah Melayu dan Indonesia hingga tahun 1880-an. Di sesetengah tempat, baju ini disebut sebagai baju mengan, baju putera raja dan bermacam-macam lagi. | BUDAYA | Pakaian |
KONSERVATISME | Konservatisme ialah sikap atau falsafah yang amat mengutamakan tradisi. Golongan konservatif ingin memelihara institusi, nilai, dan idea tradisional, dan mereka menjadikannya sebagai pegangan dan panduan untuk mencapai kebijaksanaan dan kebaikan. | UMUM | |
ETIKA PROTESTAN | Etika Protestan ialah himpunan sikap yang menekankan nilai moral kerja, disiplin diri dan tanggungjawab diri. | UMUM | |
TINJAUAN PENDAPAT UMUM | Tinjauan pendapat umum ialah satu kajian untuk mendapatkan sikap, kepercayaan, atau pendapat sebilangan besar orang ramai. Populasi yang diliputi mungkin termasuk jutaan individu tetapi sebenarnya hanya sebilangan kecil daripada mereka sahaja yang disoal. Jika mereka telah dipilih dengan berhati-hati, pendapat mereka biasanya mencerminkan pendapat keseluruhan kumpulan dengan tepat. | UMUM | |
RENOIR, JEAN | Renoir, Jean (1894–1979) ialah pengarah filem Perancis. Filemnya banyak mendedahkan kelemahan manusia dan mencemuh sikap masyarakat. Bagaimanapun, filemnya juga menunjukkan belas kasihan terhadap manusia dan kegagalan mereka. Renoir telah mengarah 36 buah filem termasuk dua buah filem yang paling digemari ramai. Satu daripadanya, The Grand Illusion (1937) mengkritik kesia-siaan perang dan The Rules of the Game (1939) menyindir perhubungan di kalangan orang kelas atasan pada sebuah parti hujung minggu. | UMUM | |
SPENDER, SIR STEPHEN | Spender, Sir Stephen (1909–1995) ialah pemuisi British. Puisi-puisinya yang terkenal menggabungkan unsur romantik tradisional dengan subjek serta sikap yang benar-benar moden. Dengan itu, dalam sebuah kereta api ekspres pun dia mendapati kewujudan jenis keindahan yang penyair romantik awal temui pada air terjun dan matahari terbenam. | UMUM | |
RASISME | Rasisme ialah kepercayaan bahawa manusia boleh dibahagikan menurut ras dan anggota, sesetengah ras berkedudukan lebih rendah daripada anggota ras yang lain. Biasanya sikap ini melibatkan kepercayaan bahawa ras sendiri adalah lebih mulia daripada ras lain. Orang yang percaya atau mengamalkan rasisme dikenali sebagai penganut faham rasisme atau rasis. Rasis mendakwa bahawa anggota ras mereka sendiri adalah lebih baik dari segi mental, fizikal, moral atau kebudayaan berbanding dengan ras lain. Oleh sebab mereka mengandaikan bahawa mereka adalah lebih baik, mereka percaya bahawa mereka berhak mendapat hak istimewa. | UMUM | |
LESSING, DORIS | Lessing, Doris (1919– ), penulis wanita Inggeris yang terkenal dengan karya novel. Karya cerekanya memaparkan penekanan yang begitu mendalam terhadap moral, politik dan sikap psikologi dan juga peranan wanita pada zaman moden. | UMUM | |