Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang (golongan) yg menganut agama Sikhisme. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sikh


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ADI GRANTH

Adi Granth, yang bermakna Kitab Asal, ialah kitab

suci kaum Sikh. Kaum Sikh ialah pengikut ajaran

Sikhisme, salah satu agama di India. Adi Granth ialah

suatu koleksi lebih daripada 6000 gita puja.

UMUM 
SIKHISME

Sikhisme ialah salah satu agama di India.

Penganutnya menggelarkan diri mereka Sikh, yang

bermaksud pengikut. Orang Sikh mengikuti ajaran

10 guru (guru kerohanian). Kitab suci orang Sikh,

Guru Granth Sahib (Kitab Yang Dihormati) atau Adi

Granth (Buku Pertama), mengandungi ajaran

beberapa orang guru Sikh yang lain. Kira-kira 14

juta orang Sikh tinggal di India, iaitu sebahagian

besar daripada mereka tinggal di bahagian utara

Punjab.

UMUM 
AGAMA SIKH

Agama Sikh, antara agama yang baru muncul. Ia diasaskan sekitar abad ke-15 di India oleh Guru Nanak. Guru Nanak dilahirkan pada tahun 1469 di wilayah Punjab, utara India.

AGAMAAgama/Fahaman/Aliran/Ideologi
NANAK

Nanak (1469–1539) ialah guru pertama dalam

taifah agama di India yang dikenal sebagai Sikh.

Dia lahir di kampung Talwandi, yang kemudiannya

diberi nama Nankana, di barat Lahore (kini

Pakistan ). Kisah hidupnya telah dikumpul oleh

penganut Sikh dalam buku-buku yang dikenali

sebagai janamsakhi.

UMUM 
AMRITSAR

Amritsar (pend. 709 456) ialah bandar di Punjab,

negeri di utara India. Untuk mengetahui

kedudukannya, lihat India (peta politik). Orang Sikh,

yang mengamalkan agama Sikhisme India,

menghormati Amritsar sebagai sebuah bandar suci.

Kebanyakan penduduk Amritsar orang beragama

Hindu, tetapi sebahagian besar orang Sikh juga

tinggal di bandar ini. Kawasan luar bandar di

sekitarnya pula didominasi oleh petani Sikh.

UMUM 

Kembali ke atas