Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : agama yg diasaskan oleh Guru Nanak (pd abad ke-16 di India) dgn berteras­kan kepercayaan pd satu Tuhan dan kitab Granth sbg pegangan utama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sikhisme


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIKHISME

Sikhisme ialah salah satu agama di India.

Penganutnya menggelarkan diri mereka Sikh, yang

bermaksud pengikut. Orang Sikh mengikuti ajaran

10 guru (guru kerohanian). Kitab suci orang Sikh,

Guru Granth Sahib (Kitab Yang Dihormati) atau Adi

Granth (Buku Pertama), mengandungi ajaran

beberapa orang guru Sikh yang lain. Kira-kira 14

juta orang Sikh tinggal di India, iaitu sebahagian

besar daripada mereka tinggal di bahagian utara

Punjab.

UMUM 
ADI GRANTH

Adi Granth, yang bermakna Kitab Asal, ialah kitab

suci kaum Sikh. Kaum Sikh ialah pengikut ajaran

Sikhisme, salah satu agama di India. Adi Granth ialah

suatu koleksi lebih daripada 6000 gita puja.

UMUM 
AMRITSAR

Amritsar (pend. 709 456) ialah bandar di Punjab,

negeri di utara India. Untuk mengetahui

kedudukannya, lihat India (peta politik). Orang Sikh,

yang mengamalkan agama Sikhisme India,

menghormati Amritsar sebagai sebuah bandar suci.

Kebanyakan penduduk Amritsar orang beragama

Hindu, tetapi sebahagian besar orang Sikh juga

tinggal di bandar ini. Kawasan luar bandar di

sekitarnya pula didominasi oleh petani Sikh.

UMUM 

Kembali ke atas