SIKIN | SIKIN, senjata Melayu yang merupai sebilah parang biasa. Sikin dipercayai berasal dari Pahang dan digunakan oleh kaum wanita untuk membelah, memotong dan meraut daun mengkuang. Mata sikin digunakan untuk memotong dan belakangnya digunakan untuk menarik dan mengumpulkan daun-daun yang sudah bercerai. Ini boleh dilakukan dengan senang oleh sebab bentuk belakang sikin berkelok-kelok. | BUDAYA | Alat/Alatan |
SENJATA PENDEK | SENJATA PENDEK, sejenis senjata yang berukuran kurang daripada sehasta yang digunakan untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh. Senjata pendek terdiri daripada keris pendek, tumbuk lada, kerambit, sewar, rencong, badik lawi ayam, beladau jembia, lading terus, sikin, parang dan wedung. Setiap senjata pendek yang dicipta mempunyai bentuk yang berlainan dan berbeza tatacara penggunaannya, walaupun kelihatan hampir sama. | BUDAYA | Alat/Alatan |