Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.lau] | سيلاو

Definisi : kabur mata (kerana kena cahaya yg sangat terang): ~ mata kena sinar matahari; menyilaukan menyebabkan menjadi silau: sinar matahari itu sungguh ~ mataku; tersilau menjadi silau; kesilauan 1. perihal silau; 2. tersilau, men­jadi silau: mereka duduk itu diterangi oleh sorotan lampu kereta sehingga mata mereka ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.lau] | سيلاو

Definisi : ; menyilau sl memandang (sesuatu yg jauh), meninjau: mata datuk ~ ke seluruh ruang rumah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.lau] | سيلاو

Definisi : tidak dpt memandang dgn nya­ta ke­rana terlalu terang dll: ~ mata memandang lampu seterang itu. menyilaukan menye­babkan menjadi silau: Cahayanya ~ mata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata silau


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SILAU SALJI

Silau salji ialah kekurangan tahap penglihatan

sementara akibat cahaya matahari yang terang yang

terpantul dari salji. Penyembuhan dalam tempoh 24

jam adalah biasa. Kadangkala seseorang itu

menghadapi masalah membezakan warna selepas

silau salji, dan melihat semua benda berwarna merah

bagi tempoh yang lama. Dalam kebanyakan kes, silau

salji akan hilang apabila seseorang itu merehatkan

mata dan tidak keluar rumah. Walau bagaimanapun,

dalam keadaan yang jarang-jarang berlaku,

pendedahan yang berpanjangan kepada cahaya

terpantul boleh mengakibatkan retinopati suria iaitu

gangguan yang mungkin boleh menyebabkan

sesetengah hilang penglihatan yang kekal. Memakai

cermin mata hitam atau gogal gelap dapat

menghalang silau salji.

UMUM 

Kembali ke atas