SILIKA | Silika ialah silikon dioksida, iaitu sebatian kimia yang terdiri daripada silikon dan oksigen. Formula kimianya ialah SiO². Silika wujud banyak dalam mineral pembentuk batu-batu yang dikenali sebagai silikat, yang membentuk sebahagian besar daripada kerak bumi dan mantel (lihat Bumi [Bahagian luar dan bahagian dalam bumi]). Silikat seperti amfibol, feldspar, mika, dan piroksen terdiri daripada silika yang berpadu dengan pelbagai unsur kimia. Kuarza dan beberapa mineral lain terdiri daripada keseluruhannya silika. | UMUM | |
SILIKOSIS | Silikosis ialah penyakit paru-paru yang dialami oleh seseorang apabila seseorang itu tersedut habuk silika berhablur. Pendedahan pada habuk silika – yang menyebabkan seseorang itu terdedah kepada penyakit silikosis – banyak berlaku terutamanya di kalangan pekerja faundri besi dan keluli, pekerja peletup pasir, penggerudi batuan, pelombong, dan pekerja yang menghasilkan barang-barang tembikar, kaca, dan pelelas. | UMUM | |
EKOR KUDA | Ekor kuda ialah tumbuhan yang mempunyai batang berongga, bersendi dan biasanya berlekuk. Batangnya mengandungi silika iaitu bahan pelelas (lihat Silika). Ekor kuda kadangkala dikenali sebagai rush penyental kerana ia pernah digunakan untuk menggilapkan logam. | UMUM | |
SILIMANIT | Silimanit ialah bahan luar biasa yang tergolong dalam kumpulan besar mineral yang dikenali sebagai silikat (lihat Silika). Formula kimianya ialah Al2SiO5. Silimanit kadangkala dikenali sebagai fibrolit. Ia berwarna perang, hijau pucat, atau putih dan mempunyai kilauan bak kaca. Silimanit wujud di Eropah Tengah, Brazil, dan Amerika Syarikat. Silimanit dinamakan sempena nama ahli sains Amerika, Benjamin Silliman (lihat Silliman, Benjamin). | UMUM | |
TANAH FULLER | Tanah fuller ialah bahan seperti tanah liat yang meluntur dan membersihkan lemak dan minyak. Ia mengandungi 50 peratus hingga 80 peratus silika. Pelunturan dan pembersihan berlaku apabila zarah dari tanah fuller menghilangkan asfalt dan damar daripada bahan berlemak atau berminyak. Zarah tersebut melakukannya dengan menyerap (mengutip dan mengumpulkan) asfalt dan damar tersebut (lihat Penyerapan dan penjerapan ). | UMUM | |
SILIKON | Silikon ialah unsur kimia dengan simbol Si. Ia adalah bukan logam yang keras, berwarna kelabu tua. Silikon membentuk kira-kira 28 peratus daripada kerak bumi dan ia adalah unsur yang kedua paling banyak selepas oksigen. Silikon hanya wujud berpadu dengan unsur-unsur lain, terutamanya dengan oksigen sebagai silikon dioksida. Sebatian ini, yang dikenali sebagai silika, ialah bahan utama pasir. Silika juga adalah bahan utama pelbagai mineral yang membentuk batu-batu. Mineral ini termasuk feldspar, piroksen, dan kuarza. Lava dari gunung berapi, terdiri daripada kebanyakannya silikon dioksida lebur. | UMUM | |
AIR MINERAL | Air mineral yang juga dikenali air terudara atau air galian ialah mata air yang mengandungi jirim mineral atau gas yang tinggi. Jirim mineral termasuk garam, garam Epsom, kapur, magnesia, besi, silika, boron, fluorin, dan banyak lagi jirim lain, termasuk juga bahan radioaktif. | UMUM | |
SANGA | Sanga ialah bahan bukan logam-logam yang dikeluarkan semasa proses membuat besi jongkong, melebur tembaga, plumbum, dan logam- logam lain. Sanga dari relau bagas keluli mengandungi sulfur dan silikat kalsium, magnesium, dan aluminium. Sanga dari relau tembaga dan relau melebur plumbum mengandungi besi silikat, dan oksida logam lain dalam kuantiti yang kecil. Sanga dari relau keluli mengandungi kapur, besi oksida, dan silika. Biasanya, bahan ini dilebur sekali lagi untuk mendapatkan besi. Sanga kadangkala digunakan untuk membuat simen dan jalan raya. | UMUM | |
KAYU BATU | Kayu batu, ialah batang pokok yang telah bertukar menjadi batu. Kayu batu terhasil apabila berlakunya proses petrifikasi, iaitu sel-sel kayu dan rongga seni kayu diserapi dan ditukar ganti oleh bahan mineral sekeliling, lazimnya oleh silika. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |