Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.li.kat] | سيليکت

Definisi : (Kim) sebatian yg mengandungi silika, yg digunakan utk membuat simen dan kaca. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata silikat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SILIKAT

Silikat ialah mana-mana kumpulan mineral yang

mengandungi silikon, oksigen, dan satu atau lebih

unsur logam. Silikat membentuk kira-kira 95 peratus

daripada kerak bumi. Seperti kebanyakan batu-batu,

tanah terdiri daripada kebanyakannya silikat.

UMUM 
SILIMANIT

Silimanit ialah bahan luar biasa yang tergolong

dalam kumpulan besar mineral yang dikenali

sebagai silikat (lihat Silika). Formula kimianya ialah

Al2SiO5. Silimanit kadangkala dikenali sebagai

fibrolit. Ia berwarna perang, hijau pucat, atau putih

dan mempunyai kilauan bak kaca. Silimanit wujud di

Eropah Tengah, Brazil, dan Amerika Syarikat.

Silimanit dinamakan sempena nama ahli sains

Amerika, Benjamin Silliman (lihat Silliman,

Benjamin).

UMUM 
SANGA

Sanga ialah bahan bukan logam-logam yang

dikeluarkan semasa proses membuat besi

jongkong, melebur tembaga, plumbum, dan logam-

logam lain. Sanga dari relau bagas keluli

mengandungi sulfur dan silikat kalsium,

magnesium, dan aluminium. Sanga dari relau

tembaga dan relau melebur plumbum

mengandungi besi silikat, dan oksida logam lain

dalam kuantiti yang kecil. Sanga dari relau keluli

mengandungi kapur, besi oksida, dan silika.

Biasanya, bahan ini dilebur sekali lagi untuk

mendapatkan besi. Sanga kadangkala digunakan

untuk membuat simen dan jalan raya.

UMUM 
ZIRKON

Zirkon ialah mineral yang terdiri daripada

terutamanya unsur silikon, oksigen, dan zirkonium.

Ia adalah silikat dan mempunyai formula kimia

ZrSiO4.

UMUM 
SILIKA

Silika ialah silikon dioksida, iaitu sebatian kimia

yang terdiri daripada silikon dan oksigen. Formula

kimianya ialah SiO². Silika wujud banyak dalam

mineral pembentuk batu-batu yang dikenali sebagai

silikat, yang membentuk sebahagian besar daripada

kerak bumi dan mantel (lihat Bumi [Bahagian luar dan

bahagian dalam bumi]). Silikat seperti amfibol,

feldspar, mika, dan piroksen terdiri daripada silika

yang berpadu dengan pelbagai unsur kimia. Kuarza

dan beberapa mineral lain terdiri daripada

keseluruhannya silika.

UMUM 
ZIRKONIUM

Zirkonium, unsur kimia dengan simbol Zr, ialah

logam berwarna putih kekelabuan. Ia terdapat

secara semula jadi sebagai mineral silikat zirkon

dan mineral oksida badeleyit.

UMUMKonsep
KACA AIR

Kaca air juga dikenali sebagai kaca terlarutkan

(formula kimia Na2SiO3), ialah sebatian bak jeli yang

terdiri daripada natrium, silikon, dan oksigen.

Nama kimianya ialah natrium silikat.

UMUM 
TANAH LIAT

Tanah liat ialah bahan yang terdapat di dalam

kebanyakan jenis tanah. Ahli geologi mentakrif

tanah liat sebagai zarah tanah yang sangat kecil,

yang diameternya berukuran kurang daripada

empat mikrometer. Perkataan tanah liat juga

merujuk kepada bahan bertanah, yang terdiri

daripada jenis mineral silikat tertentu, yang telah

pecah disebabkan luluhawa.

UMUM 

Kembali ke atas