MAETERLINCK, MAURICE | Maeterlinck, Maurice (1862–1949) ialah dramatis, penyair (pemuisi), ahli alamiah, dan ahli falsafah Belgium. Dia dianugerahi Hadiah Nobel tahun 1911 bagi kesusasteraan. Karya sastera Maeterlinck ialah karya simbolik dan falsafah. Dalam cerita-ceritanya, Maeterlinck mencadangkan mencari roh untuk kesempurnaan dan pemahaman karyanya yang paling terkenal, The Blue Bird (1908) merupakan cerita dongeng yang mengisahkan seorang kanak-kanak mencari keseronokan di serata tempat, tetapi akhirnya menemui keseronokan itu di rumahnya sendiri. Drama-drama ringkasnya yang lebih realistik, seperti The Blind dan The Intruder (kedua-duanya pada tahun 1891), merupakan kisah sedih yang menekankan keperluan mencari kasih sayang dan kegembiraan dalam kehidupan sehari-hari. Pelléas dan Mélisande (1893) ialah drama simbolik tentang kekasih unggul yang musnah kerana mencari kesempurnaan. | UMUM | |
SYAIR ALEGORI | SYAIR ALEGORI, syair yang disampaikan dalam bentuk perlambangan atau kiasan. Watak binatang, tumbuhan serta cakerawala menggantikan watak manusia dengan tujuan melindungi watak dan peristiwa yang sebenarnya. Penulis menyampaikannya dalam bentuk perlambangan kerana umumnya peristiwa itu berlaku di kalangan golongan bangsawan. Unsur simbolik biasanya digambarkan melalui penglihatan kesedaran manusia. Syair ini hanya dapat diutarakan sebagai simbolik dengan mengetahui maksud yang tersembunyi pada beberapa unsur di dalamnya. | SASTERA | Konsep |
EISENSTEIN, SERGEI MIKHAILOVICH | Eisenstein, Sergei Mikhailovich (1898–1948) ialah pengarah filem, ahli teori dan guru berbangsa Rusia. Dia terkenal kerana kaedah suntingan gambarnya yang dikenali sebagai montaj (susunan gambar dalam turutan untuk menunjukkan makna simbolik). | UMUM | |
BUNGA TELUR | BUNGA TELUR, telur yang dihadiahkan kepada tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan orang Melayu. Bunga telur itu merupakan suatu tanda simbolik untuk menebus sebarang kelemahan atau kekurangan yang mungkin berlaku sepanjang majlis itu | BUDAYA | Kraf Tangan |
BUNGA TELUR, | BUNGA TELUR, telur yang dihadiahkan kepada tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan orang Melayu. Bunga telur itu merupakan suatu tanda simbolik untuk menebus sebarang kelemahan atau kekurangan yang mungkin berlaku sepanjang majlis itu | BUDAYA | Kraf Tangan |
AZIMAT | Azimat adalah tangkal berjampi yang dianggap mempunyai kuasa magis. Ia boleh dipakai di leher. Sesetengah orang percaya bahawa azimat boleh melindungi mereka daripada syaitan, penyakit, dan sihir. Azimat boleh diperbuat daripada sebarang bahan, tetapi kebanyakannya adalah daripada batu. Yang lainnya merupakan beg-beg kain kecil yang berisi objek yang dianggap berkuasa. Sebatang gigi atau sebatang tanduk atau kayu boleh juga dijadikan azimat. Sesetengah azimat mempunyai bentuk yang simbolik, misalnya anak bulan. Lihat juga Mata syaitan; Permata kelahiran. | UMUM | |
SUKU | Suku ialah satu kumpulan manusia yang bersaudara melalui nenek moyang yang sama. Sesetengah suku merupakan matrilineal (pertalian persaudaraan melalui nasab ibu). Suku yang lain ialah patrilineal (pertalian persaudaraan melalui nasab bapa). Ahli sesuatu suku dapat merasakan hubungan yang rapat antara satu sama lain, dan biasanya mempunyai semangat perpaduan yang utuh walaupun mereka mungkin tinggal berjauhan. Mereka sering berkongsi harta benda atau hak-hak istimewa. Kebanyakan suku dikatakan eksogami, iaitu ahli suku mesti berkahwin di luar suku. Suku sering dinamai mengikut totem (haiwan atau tumbuhan simbolik). Orang Asli Amerika mempunyai suku dikenali sebagai suku Bear atau suku Tobacco. | UMUM | |
TAMSIL | TAMSIL, bahasa kiasan yang memberikan perbandingan dengan jelas, dipersembahkan dalam ungkapan yang panjang dan mengandungi pengajaran. Tamsil mempunyai persamaan dengan bidalan, pepatah dan perumpamaan. Tamsil boleh diambil daripada peribahasa yang sudah terkenal, atau daripada ciptaan sendiri. Dalam beberapa contoh, tamsil lebih mendekati `kiasan asal’, tetapi telah diluaskan dengan kata-kata yang bernas, bersifat simbolik serta mengandungi fikiran yang bijaksana. | SASTERA | Konsep |