| SIMPOSIUM DIALEK MELAYU | SIMPOSIUM DIALEK MELAYU, simposium tentang dialek atau bahasa daerah. Simposium ini diadakan pada 2 hingga 3 Disember 1981, anjuran Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka serta Persatuan Linguistik Malaysia. Simposium ini diberi tajuk Simposium Dialek: Penyelidikan dan Pendidikan dan bertemakan Ke Arah Mengenal Dialek dan Fungsinya. Tema tersebut menjadi pilihan pihak penganjur kerana dialek atau bahasa daerah adalah penting dan tidak dapat sama sekali dipisahkan daripada kehidupan dan pergaulan sehari-hari masyarakat Melayu. | BAHASA | Kegiatan |
| PPMM | PPMM, Persatuan Pengajian Melayu Malaysia, salah satu daripada 23 buah pertubuhan dan institut penyelidikan yang menjadi badan kerabat Kongres Cendekiawan Melayu. Persatuan ini ditubuhkan pada 16 Oktober 1977 sebagai memenuhi salah satu revolusi yang dicapai oleh Simposium Kesarjanaan Melayu yang berlangsung pada bulan April 1977. Penubuhan persatuan ini dirasmikan oleh Dr. Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia. | BAHASA | Institusi/Organisasi |