Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sin.di.ran] | سينديرن

Definisi : perkataan dll yg digunakan utk mengatai (mengeji, mengejek, mencela) orang tidak dgn terus terang, kiasan: banyak­nya ~ kedengaran; mereka terdiam kerana mendengar percakapanku yg mengandungi sindiran itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sin.di.ran] | سينديرن

Definisi : perkataan yg di­ucapkan utk mengatai atau utk mengejek orang dgn cara tidak terus terang; ejekan yg tidak langsung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sindir
Kata Terbitan : menyindir, sindiran,

Peribahasa

Menyinggung mata bisul orang.

Bermaksud :

Menyakiti hati seseorang dengan sindiran (perkataan, perbuatan dan sebagainya) dalam sesuatu pertemuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggetil puncak kedal orang).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SATIRA

Satira ialah penggunaan ironi atau sindiran untuk

membidas sesetengah bentuk perlakuan manusia.

Kebanyakan satira muncul dalam kesusasteraan,

tetapi satira juga memainkan peranan yang penting

dalam bentuk-bentuk seni yang lain. Kebanyakan

penulis satira menyatakan bahawa mereka mahu

memaparkan dan merubah kelemahan manusia

seperti tamak dan megah diri. Tetapi ada juga

penulis satira yang hanya suka mencemuh kelakuan

manusia.

UMUM 
PLATH, SYLVIA

Plath, Sylvia (1932–1963) ialah penyair dan

penulis fiksyen Amerika. Penulisannya

menggambarkan pandangan yang bernas, sindiran

yang tajam, dan mencetuskan perasaan sedih.

Penulisannya amat bersimpati terhadap

penderitaan kaum wanita, golongan muda, artis,

orang yang sukar menyesuaikan diri, dan

pemberontak. Walaupun dia meninggal dunia

pada usia yang muda, dia dianggap sebagai salah

seorang penulis Amerika yang paling berpengaruh

sejak tahun 1940-an.

UMUM 
AUSTEN, JANE

Austen, Jane (1775–1817), salah seorang penulis

novel yang sangat digemari di England. Tulisannya

mengandungi sindiran tentang institusi-institusi

sosial pada zamannya. Dalam setiap satu daripada

enam novelnya, mengisahkan seorang wanita

bertemu dan mengahwini seorang lelaki selepas

menempuh pelbagai kesukaran, yang sering kali

melucukan. Halangan-halangan ini dapat membantu

sebelah pihak atau kedua-dua belah pihak mengenal

diri mereka sendiri, yang diperlukan untuk

perkahwinan yang bahagia. Tidak ramai penulis yang

dapat menandingi kelebihan Jane Austen dalam

mengenal pasti kelemahan manusia, gambarannya

tentang hidup seharian yang penuh kasih sayang

ataupun prosa-prosanya yang licik dan indah.

UMUM 
POPE, ALEXANDER

Pope, Alexander (1688–1744) ialah penyair

Inggeris yang terulung pada awal tahun 1700-an.

Satira puisinya yang dianggap sangat indah

mencemuh pelbagai bentuk kebodohan manusia.

Karyanya yang lucu tetapi penuh sindiran

menjadikannya penulis yang paling digeruni di

England pada zamannya.

UMUM 
MOORE, THOMAS

Moore, Thomas (1779–1852) ialah penyair

Ireland yang menulis lirik untuk beberapa buah

lagu cinta yang amat diminati di dalam bahasa

Inggeris. Lagu-lagu ini termasuk ‘Believe Me If All

Those Endearing Young Charms, ‘The Last Rose of

Summer’ dan ‘Oft in the Stilly Night’. Moore

menulis puisi ringkas, serius, bercorak sindiran

dan prosa. Pada zamannya, karyanya dibaca

dengan meluas sebagaimana karya Lord Byron

dan Sir Walter Scott. Namun, kini dia lebih

dikenali untuk tulisannya yang telah dijadikan

lagu.

UMUM 
SYAIR KUPU-KUPU

SYAIR KUPU-KUPU, puisi Melayu tradisional. Syair ini ialah syair kiasan atau sindiran yang menyindir peristiwa tertentu. Ada beberapa buah syair yang diberi judul Syair Kupu-kupu. Syair Kupu-kupu (Schoemann V 40) yang tersimpan di perpustakaan di Berlin mengisahkan cinta kupu-kupu pada biring-biring/berang-berang. Setelah gagal beberapa kali, akhirnya dia berhasil mendapat kekasihnya. Isi syair ini sama dengan Syair Berang-Berang (MS Malay 2 (R) ) yang disimpan di Bodleain Library, Oxford.

SASTERAKonsep
MUSSET, ALFRED DE

Musset, Alfred de (1810–1857) ialah dramatis dan

pemuisi Perancis. Kebanyakan dramanya ditulis

untuk dibaca dan bukan untuk dipersembahkan di

pentas. Musset paling dikenal kerana siri komedinya

yang bersopan santun. Karya-karyanya secara

kolektif dikenal sebagai Comédies et Proverbes.

Melalui gaya puitis dan lucu dia menggambarkan

fahamannya yang mendalam tentang tingkah laku

manusia. Dramanya memperkatakan penderitaan

cinta dan konflik yang abadi antara kesucian dengan

sindiran tajam. Karya Musset, Lorenzaccio (1834),

merupakan drama sejarah yang latarnya di Florence,

Itali. Ia dipentaskan buat pertama kali pada tahun

1896.

UMUM 
SYAIR NYAMUK DAN LALAT

SYAIR NYAMUK DAN LALAT, puisi Melayu tradisional.  Syair ini ialah syair kiasan atau sindiran yang menyindir peristiwa tertentu. Syair ini menyindir seorang gadis yang enggan disunting oleh seorang pemuda yang lebih tinggi kedudukannya.

SASTERAKonsep
SYAIR IKAN TERUBUK DENGAN PUYU-PUYU

SYAIR IKAN TERUBUK DENGAN PUYU-PUYU,  syair kiasan atau alegori yang mengisahkan percintaan antara ikan. Menurut Overbeck, syair jenis ini biasanya mengandungi sindiran terhadap peristiwa tertentu. Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-puyu misalnya menyindir peristiwa peminangan seorang anak Melaka terhadap puteri Siak yang tidak berhasil. Syair ini mungkin diilhami oleh pelanggaran Melaka terhadap Siak. Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-puyu ini berdasarkan naskhah v.d. Wall 242 di Jakarta.

SASTERAKonsep
SELOKA

SELOKA, sejenis puisi bebas yang tidak terikat. Seloka biasanya tidak berangkap.  Jika berangkap, tidak tentu jumlah larik serangkap dan jumlah perkataan selarik, memakai rima atau tidak. Seloka biasanya memerlukan beberapa larik yang berurutan untuk dapat menyatakan satu keseluruhan idea. Seloka mengandungi sindiran, jenaka, usikan dan gurauan.

SASTERADrama/Filem/Teater/Persembahan
12

Kembali ke atas