SIPUT UNAM | Siput unam ialah nama biasa bagi beberapa spesies siput kecil di pantai laut. Siput unam yang terkenal ialah siput unam biasa di utara Eropah dan di pantai Atlantik di Amerika Utara. Siput unam ini melekap pada batu-batan di antara paras air pasang dengan air surut. Cangkerangnya yang tebal, berpilin berwarna perang kekelabuan atau hampir hitam. Panjangnya boleh mencapai kira-kira 4 sentimeter. | UMUM | |
SIPUT | Siput ialah haiwan yang badan lembutnya biasanya diliputi cangkerang berlingkar. Siput merayap menggunakan organ berotot yang kuat yang dikenali sebagai kaki. Badannya mempunyai kepala berserta tentakel, mata, mulut, dan gigi yang halus. Mungkin terdapat lebih daripada 80 000 jenis siput. Sesetengahnya lebih kecil daripada saiz kepala jarum peniti. Yang lain membesar sehingga 60 sentimeter panjangnya. | UMUM | |
SIPUT KON | Siput kon ialah satu daripada beberapa siput laut, yang dinamakan demikian kerana cangkerangnya berbentuk kon. Cangkerang banyak spesiesnya mempunyai tanda-tanda yang cantik. Kebanyakan spesies hidup di kawasan Indo-Pasifik dan di perairan di luar pantai utara Australia. | UMUM | |
SIPUT SARAWAK | SIPUT SARAWAK (1923 - 1999), pelakon pentas dan filem. Dia berasal dari Sarawak dan datang ke Singapura ketika berusia 12 tahun. Nama sebenarnya ialah Ramlah binti Abdullah. Bapanya, Dollah Sarawak, seorang pelawak terkenal dan ibunya Dayang Inang, terkenal sebagai Sri Panggung sandiwara. Nama Siput berasal daripada nama `Miss Ribut’, pelakon sandiwara Indonesia. Oleh sebab terlalu meminati pelakon tersebut, ibunya telah berazam untuk menamakan anaknya Ribut atau sekurang-kurangnya mirip nama itu. Di hujung namanya ditambah dengan kata Sarawak sebagai mengenang tempat tumpah darahnya. Siput tidak pernah mendapat pendidikan formal. Dia hanya tahu membaca dan menulis dengan belajar sendiri. | BUDAYA | Tokoh |
KONC | Konc ialah siput laut yang besar, yang mempunyai cangkerang keras, berpilin. | UMUM | |
KOWRI | Kowri ialah sejenis siput laut yang cangkerangnya berwarna-warni dan berkilat. | UMUM | |
MOLUSKA | Moluska ialah haiwan berbadan lembut yang tidak bertulang. Siput, lintah, kima, kupang, tiram, sotong, dan sotong kurita ialah moluska. Kebanyakan moluska mempunyai cangkerang keras yang melindungi badannya yang lembut. Sesetengahnya seperti sotong katak dan sotong tidak mempunyai cangkerang luar. Cangkerang khas tumbuh di dalam badannya. Cangkerang ini dikenali sebagai tulang sotong pada sotong katak dan pen pada sotong. Beberapa jenis moluska termasuk sotong kurita dan lintah tertentu tidak mempunyai cangkerang langsung. Untuk maklumat lanjut tentang cangkerang moluska dan bagaimana ia terbentuk, lihat Cangkerang. | UMUM | |
GERUS | GERUS, proses melicinkan dan mengilatkan permukaan kain menggunakan sejenis siput bintang (cypraea tigris) yang besar, berbentuk bujur bulat dan mempunyai tapak yang rata. Permukaan kulit siput itu berwarna putih kekuningan dan berbintik-bintik coklat di atasnya. Hingga ke hari ini masih ada orang Melayu yang menggunakannya sebagai satu alat penting untuk menggerus. Mereka yang mahir akan menggunakan sebiji siput sahaja untuk melicinkan dan mengilatkan sehingga 30 helai kain sarung. | BUDAYA | Proses/Tindak Balas |
ARMADILO | Armadilo adalah mana-mana satu daripada beberapa mamalia kecil di Amerika yang mempunyai plat bertulang pada kulit sebelah atas badannya. Armadilo biasanya memakan serangga, cacing tanah, labah-labah dan siput. Armadilo didapati terutamanya di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Haiwan ini mempunyai cakar yang kuat, yang digunakannya untuk mengorek terowong dan lubang dalam tanah. Ia menggunakan lidahnya yang panjang untuk menjilat serangga. Oleh sebab armadilo hanya mempunyai gigi kecil yang terletak jauh ke dalam mulutnya, ia tidak boleh menggigit untuk mempertahankan dirinya. | UMUM | |
SANGGUL | SANGGUL, gelung, simpul atau gulungan rambut yang lazimnya terletak di bahagian atas, belakang atau tepi kepala. Sanggul dihasilkan daripada rambut yang terurai, digubah pelbagai bentuk agar rambut itu lebih kemas. Sanggul juga disebut sebagai ‘kundai’, ‘konde’, ‘siput’ atau ‘bun’. Di kalangan orang Malaysia, sanggul juga disebut sebagai siput. | BUDAYA | Tokoh |