Murray, Sir James (1837–1915), ahli filologi Scotland (pengkaji bahasa). Dia menjadi editor– Oxford English Dictionary selama 35 tahun. Sebagai ahli leksikografi (penulis kamus), Murray terkenal dengan penggunaan perkataan yang tepat dan pengetahuan yang luas. Walaupun kamus itu belum siap ketika dia meninggal dunia, Murray memberi sumbangan yang paling penting bagi penerbitannya. James Augustus Henry Murray lahir di Denholm, di kawasan sempadan Scotland. Dia bertugas sebagai guru di pekan berdekatan, iaitu Hawick, kemudian menjadi kerani bank dan guru di London. Dia belajar linguistik (kajian tentang bahasa) secara sendiri. Dia menjadi ahli Persatuan Teks Inggeris Awal dan Persatuan Filologi London. Dia menjadi editor Oxford English Dictionary pada tahun 1879. Dia dianugerahi pingat kesateria pada tahun 1908 yang membawa gelaran Sir. |