Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sir's


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARTHUR, SIR GEORGE

Arthur, Sir George (1784–1854) ialah leftenan

gabenor Van Diemen’s Land (kini Tasmania) dari

tahun 1824 hingga tahun 1836. Dia menyokong

pengangkutan dan mencuba mentadbirkan tanah

jajahannya sebagai petempatan penjenayah. Dia

tidak mempedulikan hak politik peneroka bebas

dan sering kali menyebabkan mereka

memusuhinya. Dia tidak suka akan kritikan dan

mencuba menapis akhbar apabila dasar-dasar dan

pentadbirannya diserang melalui akhbar. Pada

tahun 1825, Van Diemen’s Land menjadi koloni

yang terpisah daripada New South Wales dan

mempunyai Majlis Perundangannya sendiri. Arthur

mendirikan sebuah perkhidmatan awam yang

cekap dan banyak berusaha menumpaskan

perompakan di tanah jajahan tersebut.

UMUM 
TENNIEL, SIR JOHN

Tenniel, Sir John (1820–1914) ialah kartunis dan

pengilustrasi buku Inggeris. Dia menghasilkan

ilustrasi untuk buku Alice ’s Adventures in

Wonderland (1865) dan Through the Looking-Glass

(1871) karya Lewis Carrol. Dia juga terkenal dengan

kartun politiknya yang disiarkan dalam majalah

Punch . Dia bekerja dengan majalah tersebut selama

50 tahun mulai tahun 1850. Dia dikagumi kerana

karyanya yang asli, bermartabat dan berteknik

canggih. Tenniel dan beberapa artis lain yang

sezaman dengannya membantu mengekalkan

kedudukan penting Great Britain dalam bidang

ilustrasi buku. Dia lahir di London.

Lihat juga Carrol, Lewis (Buku-buku Alice) ;

Kesusasteraan untuk kanak-kanak (gambar:

Through the Looking-Glass ).

UMUM 
SOANE, SIR JOHN

Soane, Sir John (1753–1837), arkitek British yang

dilantik sebagai arkitek Bank of England pada

tahun 1788. Dalam tempoh 40 tahun berikutnya dia

membina semula hampir keseluruhan bangunan

tersebut, meskipun hanya sedikit hasil kerjanya

masih wujud lagi pada masa kini. Soane juga

membina Dulwich College Picture Gallery di

London, dan tiga buah gereja di London, iaitu St.

John di Bethnal Green, Trinity Church di

Marylebone; dan St. Peter’s di Walworth. Soane

lahir di Whitchurch, berhampiran Reading,

Berkshire, England. Dia menghadiahkan rumah dan

koleksi lukisannya yang terdapat di Lincoln’s Inn

Fields kepada Kerajaan British yang dikenali

sebagai Muzium Sir John Soane.

UMUM 
RAWLINSON, SIR HENRY

Rawlinson, Sir Henry (1810–1895) ialah

diplomat British dan pakar Assyria purba. Dia

berjaya menafsir aksara kuneiform yang bertulis

pada zaman Darius Hystaspes, raja Parsi, sekitar

tahun 500-an S.M.

UMUM 
MURRAY, SIR JOHN

Murray, Sir John (1841–1914) ialah ahli alamiah,

pengkaji laut dan peneroka laut dalam Britain. Dia

menjadi pakar mengkaji dasar laut. Dia ialah salah

seorang ahli alamiah yang menyertai ekspedisi

H.M.S. Challenger, yang membuat kajian saintifik di

dalam lautan dan dasar lautan pada tahun 1872

hingga tahun 1876. Kemudian, Murray mengedit 50

jilid laporan saintifik yang ditulis tentang ekspedisi

itu. Dia juga menulis The Depths of the Ocean (1912)

dan The Ocean (1913), dan tulisan itu dianggap

klasik dalam bidang tersebut. Murray lahir di

Kanada. Dia memperoleh ijazah dari University of

Edinburgh. Dia membuat kajian yang penting

tentang tasik-tasik di Scotland.

UMUM 
MURDOCH, SIR WALTER

Murdoch, Sir Walter (1874–1970), profesor

bahasa Inggeris di University of Western Australia

dari tahun 1912 hingga tahun 1939 dan sebagai

canselor dari tahun 1943 hingga tahun 1948. Dia

menjadi terkenal dengan eseinya yang tersiar

dalam akhbar yang tersebar di seluruh Australia.

Western Australia’s Murdoch University yang

ditubuhkan pada tahun 1973 mengambil sempena

namanya. Walter Logie Forbes Murdoch lahir di

Pitsligo, Scotland dan tiba di Australia ketika dia

berumur 10 tahun. Dia menerima pendidikan di

Scotch College dan University of Melbourne.

UMUM 
STREETON, SIR ARTHUR

Streeton, Sir Arthur (1867–1943), pelukis

landskap Australia yang paling terkenal dari tahun

1920 hingga tahun 1940. Dia ialah ahli kumpulan

Aliran Heidelberg. Dia mencerminkan prinsip-prinsip

yang disokong oleh Tom Roberts. Ciri

utama landskap dalam lukisan minyaknya adalah

penggunaan warna biru yang menyerlah dengan

keemasan dan coretan berus empat segi yang

menyebabkan terbatasnya penghargaan terhadap

karyanya di London. Lukisannya The Purple Noon’s

Transparent Might dan lukisan-lukisannya yang

lain tentang desa Sungai Hawkesbury

membuatkannya terkenal di Australia. Namun

karyanya yang terawal, Still Glides the Stream, yang

kini berada di Art Gallery New South Wales,

Sydney, dianggap sebagai karyanya yang terbaik.

UMUM 
MAXWELL, WILLIAM EDWARD

MAXWELL, WILLIAN EDWARD (1846-1897), peguam dan pengkaji bahasa dan sastera Melayu.  Dia lahir pada 5 Ogos 1846.  Maxwell ialah anak Hakim Besar Negeri-Negeri Selat yang pertama, Sir Peter Benson Maxwell.  Maxwell mendapat pendidikan awal di Sekolah Repton, Derbyshire dari tahun 1860 hingga tahun 1864.  Dia meneruskan pengajian peringkat tinggi di Oxford dan Lincoln’s Inn hingga memperoleh ijazah Undang-Undang.

BAHASATokoh

Kembali ke atas