THOMPSON, SIR JOSEPH JOHN | Thompson, Sir Joseph John (1856–1940) ialah ahli fizik British yang menerima Hadiah Nobel tahun 1906 bagi bidang fizik kerana penemuannya tentang elektron. Pada tahun 1937, Sir George Paget Thomson, anak lelakinya dan juga muridnya, berkongsi Hadiah Nobel bagi bidang fizik dengan Clinton Davisson, ahli fizik Amerika. | UMUM | |
SLOAN, SIR HANS | Sloan, Sir Hans (1660 –1753) ialah doktor dan ahli botani kelahiran Ireland. Koleksi dan perpustakaan peribadinya menjadi bahan permulaan British Museum. Sloan mengumpul tumbuh-tumbuhan sepanjang hayatnya. Tumbuh-tumbuhan yang diambil dari Jamaica pada tahun 1687 dan 1688 merupakan tanaman pertama yang dibawa ke Britain dari Hindia Barat. Sloan menggantikan Sir Isaac Newton sebagai Presiden Royal Society. Sloan lahir di Killyleagh, kaunti Down. Dia menjadi baron pada tahun 1716. | UMUM | |
SOANE, SIR JOHN | Soane, Sir John (1753–1837), arkitek British yang dilantik sebagai arkitek Bank of England pada tahun 1788. Dalam tempoh 40 tahun berikutnya dia membina semula hampir keseluruhan bangunan tersebut, meskipun hanya sedikit hasil kerjanya masih wujud lagi pada masa kini. Soane juga membina Dulwich College Picture Gallery di London, dan tiga buah gereja di London, iaitu St. John di Bethnal Green, Trinity Church di Marylebone; dan St. Peter’s di Walworth. Soane lahir di Whitchurch, berhampiran Reading, Berkshire, England. Dia menghadiahkan rumah dan koleksi lukisannya yang terdapat di Lincoln’s Inn Fields kepada Kerajaan British yang dikenali sebagai Muzium Sir John Soane. | UMUM | |
MURRAY, SIR JAMES | Murray, Sir James (1837–1915), <i>ahli filologii> Scotland (pengkaji bahasa). Dia menjadi editor– <i> Oxford English Dictionary i> selama 35 tahun. Sebagai <i> ahli leksikografi i> (penulis kamus), Murray terkenal dengan penggunaan perkataan yang tepat dan pengetahuan yang luas. Walaupun kamus itu belum siap ketika dia meninggal dunia, Murray memberi sumbangan yang paling penting bagi penerbitannya. James Augustus Henry Murray lahir di Denholm, di kawasan sempadan Scotland. Dia bertugas sebagai guru di pekan berdekatan, iaitu Hawick, kemudian menjadi kerani bank dan guru di London. Dia belajar <i>linguistik i>(kajian tentang bahasa) secara sendiri. Dia menjadi ahli Persatuan Teks Inggeris Awal dan Persatuan Filologi London. Dia menjadi editor <i>Oxford English Dictionary i>pada tahun 1879. Dia dianugerahi pingat kesateria pada tahun 1908 yang membawa gelaran Sir. | UMUM | |
ROSS, SIR RONALD | Ross, Sir Ronald (1857–1932), doktor British, yang menerima Hadiah Nobel pada tahun 1902 untuk bidang fisiologi atau perubatan. Hadiah ini diberi untuk menghargai usahanya yang kemudiannya menyebabkan penemuan kaedah untuk menentang penyakit malaria. | UMUM | |
ROOKE, SIR GEORGE | Rooke, Sir George (1650–1709), laksamana Inggeris, panglima besar armada dalam angkatan laut yang menawan Gibraltar pada tahun 1704. Beberapa hari kemudian, dia ditentang oleh armada Perancis yang lebih besar di luar pantai Gibraltar. Pertempuran itu tidak memberi sebarang keputusan. Selepas pertempuran itu, Perancis tidak lagi membuat sebarang percubaan untuk menawan Gibraltar. | UMUM | |
REID, SIR GEORGE | Reid, Sir George (1845–1918) ialah Perdana Menteri New South Wales, Australia, dari tahun 1894 hingga tahun 1899 dan Perdana Menteri Australia dari tahun 1904 hingga tahun 1905. Sepanjang kerjayanya, dia percaya bahawa perdagangan bebas di antara tanah jajahan akan lebih banyak membangunkan industri daripada tarif perlindungan. Di Parlimen persekutuan, dia adalah pemimpin kumpulan perdagangan bebas. Dia berjaya memaksa kerajaan persekutuan untuk berkompromi antara perdagangan bebas dengan dasar perlindungan. Sebagai Perdana Menteri, dia memimpin kerajaan campuran antara partinya dengan Parti Liberal, dipimpin oleh Alfred Deakin. | UMUM | |
RAWLINSON, SIR HENRY | Rawlinson, Sir Henry (1810–1895) ialah diplomat British dan pakar Assyria purba. Dia berjaya menafsir aksara kuneiform yang bertulis pada zaman Darius Hystaspes, raja Parsi, sekitar tahun 500-an S.M. | UMUM | |
RATTIGAN, SIR TERENCE | Rattigan, Sir Terence (1911–1977) ialah dramatis Inggeris yang popular. Dia menjadi terkenal pada tahun 1936 kerana komedinya <i> French i> <i> Without Tears i> | UMUM | |
ROBEY, SIR GEORGE | Robey, Sir George (1869–1964) ialah salah seorang bintang muzik dewan Inggeris. Dia terkenal dengan kepetahan bercakap, kata bernas dan lucu yang diucapkan tanpa sebarang persediaan, nyanyian dan sketsa watak seperti “The Prehistoric Man”. Semasa Perang Dunia I (1914– 1918), dia mengambil peranan dalam pusparagam <i> The Bing Boys Are Here, i> yang termasuklah lagu “If You Were the Only Girl in the World “. | UMUM | |