Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sirih

Puisi
 

Nenek Lowek menjual sirih,
     Sirih dijual Jambatan Panjang;
Cantik molek kami tak pilih,
     Asallah jangan mata keranjang.


Lihat selanjutnya...(132)
Peribahasa

Sirih pulang ke gagangnya.

Bermaksud :

Kembali ke tempatnya.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEPAK SIRIHAlatan tradisionalKESENIANAlat/Alatan
SIRIH

 

SIRIH, (Piper spp.) sejenis pokok renek memanjat dan banyak terdapat di kawasan tropika Asia.  Sirih ditanam dengan menggunakan kayu sokongan bagi membolehkannya memanjat.  Kayu sokongan ini biasanya dibalut dengan sabut.  Orang Melayu gemar mengunyah sirih berserta pinang, gambir dan kapur.

BUDAYAFlora dan Fauna
PUANPuan, tepak sirih yangdiperbuat dan direka bentuk khas menggunakan perak dan emas. Saiz puan lebih besar daripada tepak sirih biasa. Puan diperbuat dalam bentuk bulat dan berkaki seakan-akan pahar. Ada yang berbentuk bersegi-segi dan segi empat bujur dan ada juga yang dibentuk melambangkan seekor burung.BUDAYAAlat/Alatan
PINANG

Pinang ialah pokok palma yang ditanam di Asia.

Penduduk di selatan Asia, Indonesia, Filipina, dan

timur Afrika mengunyah pinang (biji daripada

pokok palma) dan daun sirih.

UMUM 
ABDUL FATAH KARIMABDUL FATAH KARIM (1935-  ), ahli muzik, pemimpin orkestra dan penggubah lagu. Dia lahir pada 10 Februari 1935 di Kampung Sirih, Kota Bharu, Kelantan. BUDAYAKonsep
KACIP

KACIP, alat untuk membelah dan menghiris pinang yang biasanya diletakkan dalam tepak sirih. Kacip dapat dibahagi kepada tiga bahagian penting, iaitu kepala, badan dan pemegang. Kacip berfungsi seperti gunting tetapi bentuknya berbeza-beza. Kacip mempunyai dua badan yang berasingan yang dicantum menggunakan kancing yang dimeteri di hujung atau kepala kacip.

BUDAYAAlat/Alatan
GOBEK

GOBEK, alat untuk melumatkan atau menumbuk sirih. Gobek biasanya digunakan oleh orang tua yang sudah kekurangan atau ketiadaan gigi. Panjang gobek lebih kurang 25.5 cm dan bergaris pusat 2.5 cm. Gobek diperbuat daripada buluh, kayu, besi, tembaga, perak atau emas.

BUDAYAAlat/Alatan
ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK

ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Sarawak di Kuching, Seri Aman, Miri, Sibu, Bintulu dan Limbang. Adat perkahwinan dan peraturan kekeluargaan penduduk Melayu Sarawak tertakluk kepada Undan-undang Mahkamah Melayu Sarawak yang mula dilaksanakan pada tahun 1910 di bawah pentadbiran Majlis Islam.

            Perkahwinan di kalangan masyarakat Melayu Sarawak terbahagi kepada lima. Pertama, ‘nikah benar’ iaitu perkahwinan yang biasa berlaku dan mengikut segala peraturan hukum dan adat yang biasa. Kedua, ‘nikah salah’ iaitu perkahwinan setelah melakukan perbuatan yang curang atau sumbang. Ketiga, ‘nyerah diri’ dan keempat, ‘ngekot’, serta kelima, ‘basuh kaki’. Nyerah diri berlaku jika lelaki menyerahkan dirinya kepada keluarga perempuan yang berada kerana tidak mampu untuk berkahwin mengikut adat. Keluarga perempuan boleh menghalau atau menolaknya secara lembut dengan mengenakan syarat yang ketat. Ngekot pula berlaku jika perempuan lari dari rumah untuk mengikut kekasihnya. Basuh kaki ialah perkahwinan yang sebahagian besar belanjanya ditanggung oleh pihak perempuan.

 

Merisik           Mencari jodoh dilakukan melalui keserasian antara pasangan lelaki dan perempuan. Apabila ibu bapa merasakan anak lelaki mereka sudah cukup umur untuk berkahwin, mereka akan mencadangkan nama beberapa orang gadis daripada saudara dekat dengan mengambil kira persamaan status dalam masyarakat. Anak lelaki dibenarkan membuat pilihannya sendiri dan pemilihannya itu diuji melalui ‘berugam’. Upacara menguji keserasian ini dijalankan oleh orang perempuan sahaja. Barang yang digunakan dalam upacara ini ialah ‘turak’ (alat penenun yang bulat), beras, tepung tawar iaitu tepung beras yang dicampur dengan limau, sirih tiga kapur dan tiga gulung rokok.

           

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas