PINANG | Pinang ialah pokok palma yang ditanam di Asia. Penduduk di selatan Asia, Indonesia, Filipina, dan timur Afrika mengunyah pinang (biji daripada pokok palma) dan daun sirih. | UMUM | |
SIRIH | SIRIH, (Piper spp.) sejenis pokok renek memanjat dan banyak terdapat di kawasan tropika Asia. Sirih ditanam dengan menggunakan kayu sokongan bagi membolehkannya memanjat. Kayu sokongan ini biasanya dibalut dengan sabut. Orang Melayu gemar mengunyah sirih berserta pinang, gambir dan kapur. | BUDAYA | Flora dan Fauna |
KACIP | KACIP, alat untuk membelah dan menghiris pinang yang biasanya diletakkan dalam tepak sirih. Kacip dapat dibahagi kepada tiga bahagian penting, iaitu kepala, badan dan pemegang. Kacip berfungsi seperti gunting tetapi bentuknya berbeza-beza. Kacip mempunyai dua badan yang berasingan yang dicantum menggunakan kancing yang dimeteri di hujung atau kepala kacip. | BUDAYA | Alat/Alatan |