Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.sal] | سيسل

Definisi : serat dr daun sj tumbuhan Agave sisalana utk dijadikan tali dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.sal] | سيسل

Definisi : 1 nama sj herba yg daunnya tebal dan menghasilkan serat, Agave sisalana. 2 serat drpd sisal 1 yg digunakan utk membuat tali dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sisal


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SISAL

Sisal ialah nama dua tumbuhan tropika yang

mempunyai daun bak pedang yang menghasilkan

serat yang berharga. Tumbuhan ini, henequen dan

sisalana, menghasilkan serat yang sepanjangnya 50

sentimeter hingga 130 sentimeter, yang digunakan

terutamanya untuk membuat tali pintal. Sisalana

menghasilkan serat yang lebih kuat daripada

henequen. Henequen ditanam di Cuba, El Salvador,

dan Mexico, sementara sisalana ditanam di timur

Afrika, Brazil, Haiti, dan Jawa. Sisal juga dikenal

sebagai hem sisal.

UMUM 
TALI PINTAL

Tali pintal ialah kord yang tahan lasak yang

diperbuat daripada utas serat daun yang kuat,

selalunya daripada pokok sisal atau henekuen .

Utas ini dicampur dengan abaka untuk membuat

gentian manila. Tali pintal dibuat dengan menarik

serat hingga menjadi sliver, yang akan disikat dan

dipintal menjadi tali. Tali adalah lebih halus

daripada kord dan lebih tebal daripada benang.

Lihat juga Abaka; Sisal.

UMUM 

Kembali ke atas