SISI EMPAT | Sisi empat ialah rajah yang mempunyai empat sisi lurus, iaitu poligon empat sisi. Sisi empat yang sisi berlawanan adalah selari dikenali segi empat selari. Sisi dan sudut berlawanan dalam segi empat selari adalah sama. Jika kesemua sudut dalam segi empat selari adalah bersudut tepat, ia dikenali segi empat tepat. Kalau kesemua empat sisi adalah sama, ia dikenali rombus. Segi empat selari yang mempunyai empat sisi sama dan empat sudut tepat dikenali segi empat sama. Keluasan L satu segi empat selari dengan tapak d dan ketinggian t dikira dengan formula L = dt. Ketinggian ialah garis tegak antara dasar dan sisi berlawanan dengannya. | UMUM | |
POLIGON | Poligon ialah rajah satah yang disempadani oleh segmen garis yang dikenali sebagai sisi . Jumlah panjang semua sisi pula ialah perimeter . Sudut yang terbentuk oleh sisi adalah sudut poligon, manakala titik pertemuan semua sisinya ialah verteks poligon tersebut. Poligon yang mempunyai tiga sisi dikenali sebagai segi tiga; empat sisi, segi empat; lima sisi, pentagon; enam sisi, heksagon; tujuh sisi, heptagon; lapan sisi, oktagon; sembilan sisi dikenali sebagai nonagon; sepuluh sisi, dekagon; sebelas sisi, hendekagon; dan dua belas sisi, dodekagon. | UMUM | |
NISTAGMUS | Nistagmus ialah gerakan mata yang berirama dan di luar kawalan. Mata boleh bergerak dari sisi ke sisi, ke atas dan ke bawah, dalam bulatan, atau gabungan bentuk-bentuk gerakan tersebut. Pergerakan ini boleh cepat atau perlahan, dan tersentak-sentak atau lancar. | UMUM | |
POLIHEDRON | Polihedron ialah sesebuah bentuk padu yang disempadani oleh empat atau lebih permukaan rata yang dikenali sebagai sisi . Setiap sisi polihedron adalah satu poligon. Bahagian tepi poligon ini membentuk sempadan polihedron. Titik pertemuan kesemua sempadan ini dikenali sebagai bucu atau verteks . Contoh polihedron termasuklah kiub dan piramid. | UMUM | |
SPOONBILL | Spoonbill ialah burung randuk yang kelihatan seperti burung sekendi. Burung ini mempunyai paruh berbentuk sudu, yang dihayun dari sisi ke sisi dalam air semasa ia mencari ikan, serangga air, dan ketam kecil. | UMUM | |
ROMBOID | Romboid ialah satu satah yang mempunyai dua sisi selari yang sama panjang, dan dua sisi lagi berlainan tetapi juga sama panjang. | UMUM | |
SEGI EMPAT SAMA | Segi empat sama ialah rajah satah dalam geometri, yang mempunyai empat sisi yang lurus dan empat sudut tegak (90º) yang sama. Jika setiap sisi pada sesuatu segi empat sama berukuran empat sentimeter panjang, maka segi empat sama tersebut boleh dipotong menjadi 4 x 4, atau 16 segi empat sama yang lebih kecil yang mempunyai sisi satu sentimeter panjang. Luas segi empat sama tersebut bersamaan 16 sentimeter persegi (lihat Ukuran persegi ). Dalam aritmetik dan algebra, kuasa dua bagi sesuatu kuantiti ialah hasil kuantiti itu sendiri. Contohnya, 16 ialah kuasa dua 4, kerana 4 x 4 = 16. Jika b mewakili sebarang kuantiti, maka kuasa dua bagi b , atau b+ b, ditulis sebagai b² . Angka 2 kecil yang ditulis di sebelah kanan dan atas huruf b dikenali sebagai eksponen . Eksponen 2 tersebut menunjukkan bahawa kuantiti b hendaklah diambil dua kali sebagai satu faktor. Lihat juga Kuasa; Punca kuasa dua; Sisi empat. | UMUM | |
ROMBUS | Rombus ialah nama yang diberi kepada rajah satah yang mempunyai dua sisi yang lurus dan selari, kesemuanya sama panjang. Lazimnya, sisi ini tidak bersudut tepat antara satu sama lain. | UMUM | |
ROMMEL, ERWIN | Rombus ialah nama yang diberi kepada rajah satah yang mempunyai dua sisi yang lurus dan selari, kesemuanya sama panjang. Lazimnya, sisi ini tidak bersudut tepat antara satu sama lain. | UMUM | |
PIRAMID | Piramid dalam geometri, ialah bongkah dengan muka sisi berbentuk tiga segi yang bertemu pada satu titik atau punca sepunya. Tapak piramid dikenali sebagai poligon , iaitu permukaan datar yang disempadani oleh tiga atau lebih sisi. Jumlah muka mana-mana piramid bergantung pada jumlah segi di atas tapak. Titik terjauh dari tapak – tempat semua muka bertemu – dikenali sebagai puncak piramid. | UMUM | |