SEGI TIGA | Segi tiga dalam geometri satah ialah rajah tertutup yang mempunyai tiga sisi. Sisinya bertemu pada tiga titik yang dinamakan bucu , dan setiap bucu membentuk sudut dengan dua daripada sisinya. Jumlah tiga sudut segi tiga ialah 180º. Segi tiga ialah sejenis poligon (lihat Poligon ). | UMUM | |
YU RIMAU | Yu rimau mendapat namanya daripada jalur berwarna gelap yang ketara di belakang dan sisinya. Warna keseluruhan ikan ini adalah kelabu kebiruan. | UMUM | |
SEGI EMPAT TEPAT | Segi empat tepat ialah rajah bersisi empat satah yang mempunyai empat sudut tepat. Misalnya, papan hitam ialah segi empat tepat. Segi empat tepat ialah segi empat selari yang bersudut tepat. Kedua-dua sisinya yang bertentangan adalah selari dan sama. Jika keempat-empat sisinya sama, maka segi empat itu ialah segi empat sama. | UMUM | |
IKAN PICU | Ikan picu ialah sejenis ikan yang hidup di laut panas dan lautan tropika. Kebanyakan ikan ini kurang daripada 45 sentimeter panjangnya, berbadan agak bulat dan pipih di sisinya.
| UMUM | Umum |
KAPAL STIM KAYUH | Kapal stim kayuh ialah kapal stim yang digerakkan oleh roda kayuh. Kapal stim yang pertama ialah sebuah vesel kecil yang mempunyai roda kayuh di sisinya dan menggunakan enjin stim. | UMUM | |
PRISMA | Prisma ialah sebuah bungkah padu yang mempunyai dua tapak selari yang dicantumkan oleh tiga atau lebih permukaan sisi (lateral). Tapak ini merupakan poligon yang mempunyai saiz dan bentuk yang sama. Permukaan-permukaan sisinya bersegi dan selari. | UMUM | |
POLIGON | Poligon ialah rajah satah yang disempadani oleh segmen garis yang dikenali sebagai sisi . Jumlah panjang semua sisi pula ialah perimeter . Sudut yang terbentuk oleh sisi adalah sudut poligon, manakala titik pertemuan semua sisinya ialah verteks poligon tersebut. Poligon yang mempunyai tiga sisi dikenali sebagai segi tiga; empat sisi, segi empat; lima sisi, pentagon; enam sisi, heksagon; tujuh sisi, heptagon; lapan sisi, oktagon; sembilan sisi dikenali sebagai nonagon; sepuluh sisi, dekagon; sebelas sisi, hendekagon; dan dua belas sisi, dodekagon. | UMUM | |
TITANIC | Titanic ialah kapal penumpang British yang terlanggar sebuah aisberg dan karam di Lautan Altantik Utara pada tahun 1912. Bencana tersebut berlaku semasa pelayaran pertama kapal berkenaan dari Southampton , England ke New York City. Titanic terlanggar sebuah aisberg di sebelah sisinya lebih kurang pada pukul 11.40 malam 14 April. | UMUM | |
OSIRIS | Osiris ialah dewa kesuburan orang Mesir yang menjadi ketua dewa alam ghaib. Dia biasanya digambarkan sebagai mumia manusia yang berjanggut dan berkulit hijau atau hitam. Dia memegang tongkat gembala berkelok dan cemeti serta memakai mahkota putih berbentuk kon dengan bulu burung unta terselit di kedua-dua belah sisinya. | UMUM | |
OKTAGON | Oktagon ialah rajah satah bersisi lapan. Ia merupakan sejenis poligon. Bahagian sisi oktagon bertemu di titik yang dikenali sebagai puncak membentuk lapan sudut dalam. Jumlah sudut dalam sesuatu oktagon sentiasa membentuk 1080 ° C. Sejenis oktagon yang dikenali sebagai oktagon sekata mempunyai sisi dan sudut yang sama. Luas oktagon sekata bersamaan separuh hasil perimeter dan apothem , jarak dari tengah-tengah poligon sekata hingga titik tengah salah satu sisinya. | UMUM | |