SISTEM SARAF | Sistem saraf ialah rangkaian komunikasi dalaman yang membolehkan haiwan menyesuaikan diri dengan perubahan dalam persekitarannya. Hampir kesemua haiwan, kecuali jenis yang paling ringkas, mempunyai jenis sistem saraf tertentu. | UMUM | |
NEUROPATOLOGI | Neuropatologi ialah sains yang mengkaji perubahan yang dihasilkan oleh penyakit pada pusat sistem saraf, saraf, atau otot. Ia juga berkaitan dengan perubahan yang terhasil daripada aktiviti normal dalam sistem saraf. Ia mungkin perubahan yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar atau dengan menggunakan mikroskop optikal atau mikroskop elektron. Lihat juga Patologi; Sistem saraf. | UMUM | |
PERANGSANG | Perangsang ialah sejenis bahan yang menyebabkan peningkatan aktiviti sesuatu organ di dalam tubuh. Bahan perangsang biasanya merujuk kepada bahan kimia yang menggiat atau meningkatkan aktiviti tertentu dalam sistem saraf pusat (lihat Sistem saraf [Sistem saraf pusat]). Amfetamin, kafein, dan nikotin ialah contoh bahan perangsang. | UMUM | |
NEUROLOGI | Neurologi ialah bidang perubatan yang berkaitan dengan diagnosis dan rawatan terhadap penyakit sistem saraf dan otot. Sistem saraf mengandungi otak, saraf tunjang, dan saraf (lihat Sistem saraf ). Ahli neurologi ialah doktor yang menerima latihan kepakaran dalam neurologi selepas tamat sekolah perubatan dan latihan sambil kerja. Mereka menilai dan merawat pesakit yang mengalami sakit kepala, mendapat serangan sakit jantung tiba-tiba, atau strok atau pesakit yang mendapat gangguan seperti penyakit Alzheimer, Huntington, meningitis, sklerosis berbilang, distrofi otot, dan Parkinson. | UMUM | |
PLEKSUS SURIA | Pleksus suria ialah nama biasa bagi pleksus sieliak , satu rangkaian saraf di belakang perut. Ia adalah sebahagian daripada sistem saraf autonomi. Sistem ini mengawal visera (organ dalam) abdomen. Bebenang saraf sistem saraf autonomi disambungkan oleh cabang dengan organ rongga abdomen. | UMUM | |
SEDATIF | Sedatif ialah ubat yang mengurangkan aktiviti sistem saraf pusat. Sedatif dipreskripsikan terutamanya untuk mengurangkan keresahan atau untuk melahirkan rasa mengantuk. Kesan sedatif bergantung pada dos. Apabila diambil sedikit, dadah ini menenangkan seseorang. Dos yang lebih sedikit akan menyebabkan rasa mengantuk. Apabila digunakan untuk menimbulkan rasa mengantuk, dadah ini umumnya dikenali sebagai hipnotik. | UMUM | |
DEPRESAN | Depresan ialah sejenis ubat yang boleh melambatkan aktiviti sistem saraf. Doktor menggunakan depresan untuk mengurangkan rasa sakit, menggalakkan tidur, atau mengurangkan ketegangan. | UMUM | |
ENDORFIN | Endorfin ialah mana-mana satu daripada satu kumpulan bahan dalam sistem saraf manusia dan haiwan. | UMUM | |
NARKOTIK | Narkotik adalah bahan yang memberi kesan tekanan yang kuat kepada sistem saraf manusia. Bahan narkotik menyebabkan pengambilnya tidak merasai kesakitan, hampir pengsan, tertidur atau koma, berdasarkan jumlah yang diambil. Perkataan Narkotik berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud untuk menjadi kebas. | UMUM | |
TETANI | Tetani ialah suatu keadaan yang dikaitkan dengan sifat terlampau teruja dan aktiviti spontan sistem saraf. Keadaan ini dicirikan oleh kekejangan otot secara berkala dan sedikit perasaan gelabah dan gentar. Bahagian badan yang terjejas mungkin akan berasa kebas dan berdenyut-denyut. Biasanya tangan yang terjejas dahulu, tetapi selepas itu kekejangan otot barangkali merebak ke muka, badan dan kerongkong. Kekejangan otot ini hanya terasa sakit apabila sudah teruk. Tetani berpunca daripada kekurangan bahan garam kalsium atau ketakseimbangan bahan kimia di dalam badan. | UMUM | |