PERANGSANG | Perangsang ialah sejenis bahan yang menyebabkan peningkatan aktiviti sesuatu organ di dalam tubuh. Bahan perangsang biasanya merujuk kepada bahan kimia yang menggiat atau meningkatkan aktiviti tertentu dalam sistem saraf pusat (lihat Sistem saraf [Sistem saraf pusat]). Amfetamin, kafein, dan nikotin ialah contoh bahan perangsang. | UMUM | |
SEDATIF | Sedatif ialah ubat yang mengurangkan aktiviti sistem saraf pusat. Sedatif dipreskripsikan terutamanya untuk mengurangkan keresahan atau untuk melahirkan rasa mengantuk. Kesan sedatif bergantung pada dos. Apabila diambil sedikit, dadah ini menenangkan seseorang. Dos yang lebih sedikit akan menyebabkan rasa mengantuk. Apabila digunakan untuk menimbulkan rasa mengantuk, dadah ini umumnya dikenali sebagai hipnotik. | UMUM | |
ATAKSIA | Ataksia ialah ketiadaan koordinasi pada otot. Ketiadaan ini merupakan simptom kerosakan pada bahagian sistem saraf pusat. Ataksia lokomotor melibatkan ketiadaan imbangan atau keseimbangan. Penghidap ataksia lokomotor harus berdiri di tapak yang lebar dengan mata terbuka. Jika tidak berbuat demikian, dia akan bergoyang-goyang malah akan rebah. Goyangan itu akan bertambah kuat jika dia memejamkan matanya. | UMUM | |
SINDROM REYE | Sindrom Reye ialah sejenis penyakit yang jarang-jarang berlaku, yang menyerang hati dan sistem saraf pusat kanak-kanak. Dalam kes yang berlarutan, penyakit ini boleh mengakibatkan kerosakan otak atau kematian. Penyakit ini lazimnya membunuh antara 10 peratus hingga 40 peratus mangsanya. | UMUM | |
KELUMPUHAN SPASTIK | Kelumpuhan spastik suatu keadaan apabila keupayaan mengawal otot berkurang akibat kerosakan pada sistem saraf pusat (otak dan saraf tujang). Kerosakan yang mengakibatkan keadaan ini boleh berlaku semasa ataupun sebelum kelahiran. Kelumpuhan spastik boleh juga berkembang selepas kelahiran sekiranya jangkitan seperti meningitis merosakkan otak, atau jika kerosakan berpunca daripada strok, keretakan tengkorak, atau kecederaan lain. | UMUM | |
PRION | Prion ialah zarah mikroskopik yang menyebabkan penyakit skrapi , sejenis penyakit yang menyerang lembu dan kambing. Penyakit ini menyerang dan lama-kelamaan memusnahkan sistem saraf pusat haiwan. Penyakit ini kebiasaannya akan membawa maut. | UMUM | |
NEUROPATOLOGI | Neuropatologi ialah sains yang mengkaji perubahan yang dihasilkan oleh penyakit pada pusat sistem saraf, saraf, atau otot. Ia juga berkaitan dengan perubahan yang terhasil daripada aktiviti normal dalam sistem saraf. Ia mungkin perubahan yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar atau dengan menggunakan mikroskop optikal atau mikroskop elektron. Lihat juga Patologi; Sistem saraf. | UMUM | |