Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sis.wa.zah] | سيسوازه

Definisi : orang yg telah lulus dlm peperiksaan terakhir universiti dll, orang lulusan universiti; pensiswazahan perihal (program, proses, usaha dsb) menjadikan seseorang sbg siswazah atau berkelulusan ijazah: ~ guru besar boleh meningkatkan tahap profesionalisme dan maruah diri pentadbir di sekolah rendah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sis.wa.zah] | سيسوازه

Definisi : orang yg telah lulus dr universiti; lulusan universiti. pen­siswazahan perihal, program dsb menjadikan seseorang sbg siswazah atau berkelulusan ijazah: ~ guru-guru sekolah rendah dpt meningkatkan keprofesionalan mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
siswazah (kata nama)
Bersinonim dengan lulusan universiti, graduan.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SADAT, ANWAR AL-

Sadat, Anwar al- (1337–1402 H./1918–1981 M.)

ialah Presiden Republik Mesir bermula dari tahun

1970 sehingga meninggal dunia. Nama sebenarnya

ialah Muhammad Anwar al-Sadat. Dia lahir di

Mayyit Abu al-Kom, sebuah perkampungan di

Wilayah al-Manufiyah di Delta Sungai Nil. Dia

seorang siswazah Institut Ketenteraan Mesir pada

tahun 1938. Sadat bersama-sama dengan Abdul al-

Nasser dan tentera yang lain menyertai pertubuhan

rahsia yang dikenali sebagai Pertubuhan Tentera

Pembebasan. Pertubuhan ini bertujuan untuk

menumbangkan pemerintahan beraja yang tunduk

sepenuhnya kepada kuasa British dan ingin

membebaskan Mesir daripada penjajahan Britain

yang menguasai politik dan ekonomi. Sadat telah

dijatuhkan hukuman penjara kerana

penglibatannya yang aktif dalam aktiviti revolusi

pada tahun 1940-an. Pada tahun 1952, dia telah

memimpin gerakan revolusi yang telah

menumbangkan Raja Farouk. Setelah tamatnya

gerakan itu, Sadat memegang beberapa jawatan

penting dalam kerajaan.

Dia dilantik sebagai Ketua Dewan Rakyat dan

Ketua Editor Akhbar al-Jumhuriyyah. Seterusnya,

dia dilantik sebagai Naib Presiden Republik Arab

Mesir dari tahun 1964 hingga tahun 1967 dan

disambung semula pada tahun 1969 hingga tahun

1970.

UMUM 
KHALIL IBRAHIMKHALIL IBRAHIM (1934-        ), pelukis. Dia lahir di Kubang Krian, Kelantan. Khalil pada mulanya mengikuti program diploma lepasan siswazah dalam bidang seni lukis di St. Martin’s School of Art, London dari tahun 1960 hingga tahun 1956. Pada tahun 1968, dia memperoleh Sijil Pendidikan dari Universiti Malaya.BUDAYATokoh
DEWAN ULAMA PAS

DEWAN ULAMA PAS, majlis ulama Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS). Majlis ini dianggotai oleh para ulama dan siswazah lulusan institusi pengajian tinggi Islam. Dewan Ulama PAS (DUP) bergerak di bawah PAS dan tertakluk kepada perlembagaannya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas