SITI HAJAR | Isteri kepada Nabi Ibrahim | AGAMA | Tokoh |
SITI KHADIJAH KHUWAILID | Isteri pertama Nabi Muhammad s.a.w. dan orang pertama yang beriman selepas kerasulan baginda. | AGAMA | Tokoh |
SITI FATIMAH | Puteri bongsu Rasulullah s.a.w. dan isteri Sayidina Ali bin Abi Talib, Khulafa' al-Rashiddin yang ke empat. | AGAMA | Tokoh |
CIK SITI WAN KEMBANG | CIK SITI WAN KEMBANG (1580-1677), pemerintah negeri bernama ‘Negeri Serendah Sekebun Bunga Cerang Tagayong’ dengan gelaran Seri Maharaja Puteri. Mengikut sejarah tempatan, Cik Siti Wan Kembang ialah puteri kepada Raja Ahmad, Yang Dipertua Kelantan dengan isterinya yang bernama Cik Banun, anak bongsu kepada Nara Diraja, seorang pembesar Kelantan. Semasa Cik Siti Wan Kembang berusia lebih kurang empat tahun, Raja Ahmad mangkat. Baginda digantikan oleh Raja Hussin dari Johor dengan gelaran Sultan Hussin. Raja Hussin ialah satu-satunya putera kepada Raja Umar, iaitu Sultan Johor yang bergelar Sultan ‘Ala Jalla Abdul Jalil II yang memerintah Johor dari tahun 1570 hingga tahun 1597. Sultan Hussin memerintah Kelantan selama 26 tahun, dari tahun 1584 hingga tahun 1610. Cik Siti Wan Kembang yang masih kecil itu diasuh oleh Sultan Hussin sebagai puteri angkat baginda. Apabila Sultan Hussin mangkat pada tahun 1610, Cik Siti Wan Kembang, ketika itu berusia lebih kurang 30 tahun, ditabal sebagai Raja Pemerintah Kelantan. Cik Siti Wan Kembang dikatakan bersemayam di Gunung Besar yang kemudian dinamai Gunung Cintawangsa yang sekarang ini terletak di sempadan Kelantan-Terengganu. Baginda tidak bersuami. Di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang negeri Kelantan bertambah maju dan terkenal sehingga ramailah pedagang termasuk yang datang dari luar negeri seperti dari negeri China, India dan Arab berniaga di Kelantan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SITI MARIAM | SITI MARIAM (1929 - ), penyanyi. Dia lahir pada bulan Mac 1929 di Kota Bharu, Kelantan. Siti Mariam mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Padang Garong, kemudian Sekolah Merbau hingga tamat Darjah Empat. Siti Mariam yang mewarisi bakat seni suara daripada nenek sebelah ayahnya mula menyanyi di majlis-majlis keramaian sejak kecil. Dia banyak mendapat bantuan daripada ayahnya, Asaad Shukri bin Haji Muda. Ayahnya seorang penggerak budaya yang terkenal di Kelantan pada masa itu, telah menyedari bakat anak gadisnya dan terus memanggil guru untuk mengenalkan muzik secara teratur kepada anaknya. Dia dilatih dan dibimbing oleh seorang pemuzik dari pasukan polis. | BUDAYA | Tokoh |
SITI TANJUNG PERAK | SITI TANJUNG PERAK (1912-1992), pelakon filem. Dia lahir di Bugis, Pulau Sulawesi, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Siti Sundari Samad. Dia tidak mempunyai pendidikan yang tinggi, hanya tamat sekolah desa. Semasa berumur belasan tahun, dia telah lari dari kampungnya untuk mengelakkan daripada kahwin paksa dan telah menyertai kumpulan bangsawan `Taman Setia’ pada tahun 1929. Nama Siti Tanjung Perak diperolehinya kerana dia sering mendendangkan lagu “Tanjung Perak” ketika mengadakan persembahan bangsawan di seluruh Indonesia dan Tanah Melayu pada ketika itu. | BUDAYA | Tokoh |
SITI ZAINON ISMAIL | SITI ZAINON ISMAIL (1949 - ), penulis, penyair dan pelukis. Dia lahir pada 18 Disember 1949 di Gombak, Selangor. Dia pernah menggunakan nama samaran Izan Baina. Siti Zainon menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Setapak dan Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur. Dari tahun 1970 hingga tahun 1973, Siti Zainon melanjutkan pendidikannya di Sekolah Tinggi Seni Rupa (ASRI), Yogyakarta, Indonesia. | SASTERA | Tokoh |
SITI HASMAH MOHD. ALI | SITI HASMAH MOHD. ALI, Datin Seri (1926 - ), doktor perubatan dan tokoh kebajikan. Dia lahir pada 12 Julai 1926 di Kampung Jawa, Kelang, Selangor. Bapanya, Haji Mohd. Ali bin Taib adalah pegawai kerajaan manakala ibunya Hajah Siti Khatijah binti Ahmad, seorang suri rumah tangga. Siti Hasmah merupakan anak keenam dalam keluarga. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PAKAIAN CIK SITI WAN KEMBANG | PAKAIAN ClK SITI WAN KEMBANG, pakaian tradisi kaum wanita Kelantan yang terdiri daripada sehelai kain sarung dan dua helai kain panjang yang digunakan untuk kemban dan penutup kepala hinggalah ke bahu. Fesyen ini dipercayai menjadi kegemaran Cik Siti Wan Kembang, raja perempuan Negeri Kelantan, pada awal abad ke-17. Pakaian kemban telah direkodkan oleh penulis Portugis pada awal abad ke-15 sebagai pakaian tradisi wanita Melayu. | BUDAYA | Pakaian |
SITI NURBAYA | SITI NURBAYA, novel karya Marah Rusli. Novel ini diterbitkan pada tahun 1922 oleh Balai Pustaka. Hingga tahun 1993, ia telah diulang cetak sebanyak 21 kali. Judul asal novel ini ialah Siti Nurbaya, Kasih Tak Sampai. Novel ini pernah disiarkan secara bersiri oleh Televisi Republik Indonesia pada tahun 1991. | SASTERA | Karya |