WAYANG KULIT, seni lakon yang menggunakan watak-watak patung yang digerak-gerakkan. Asal usul wayang kulit tidak diketahui dengan jelas. Mengikut Oto Spies, Sabri East Siya Siyavusyil dan William Ridgewary, wayang kulit berasal dari India. Berhold Lauter mencatatkan bahawa negara China merupakan tempat asal wayang kulit. Hazeu pula menjelaskan bahawa wayang kulit berasal dari Jawa kerana terdapat perkataan Jawa kuno dalam wayang kulit Purwa. Ada juga pendapat yang menjelaskan bahawa wayang kulit berasal dari India kerana wayang kulit di Asia Tenggara menceritakan tentang epik Hindu, iaitu Mahabrata dan Ramayana.
Thanks for clicking. That felt good.