Skandium ialah logam yang lembut, berwarna putih keperakan. Simbol kimianya ialah Sc. Nombor atomnya ialah 21 dan berat atomnya ialah 44.9559. Pada tahun 1869, Dmitri Mendeleev dari Rusia meramalkan kewujudannya. Pada tahun 1879, Lars Nilson dari Sweden menemuinya dalam mineral gadolinit dan euksenit. Skandium dinamakan sempena nama Scandinavia. Skandium terdapat dalam sejumlah yang kecil dalam lebih daripada 800 mineral, tetapi sangat mahal untuk diekstradisi dan tidak mempunyai kegunaan yang penting. Skandium melebur pada 1541ºC dan mendidih pada 2831ºC. Ketumpatannya ialah 2.489 gram per sentimeter padu pada 20ºC. Lihat juga Unsur kimia (jadual). |