SONETA | Soneta ialah puisi 14 baris yang diiringi corak metis dan ritma tertentu. Namanya dalam bahasa Itali membawa makna lagu kecil. Dalam soneta Itali, oktaf (lapan baris pertama) menyatakan tema atau pengalaman, sementara sestet (enam baris terakhir) memberikan gerak balas atau komen pada tema. Skema rima oktaf ialah abbaabba (baris satu, empat, lima, dan lapan rima; dan baris dua, tiga, enam, dan tujuh rima). Skema rima sestet biasanya cdecde. | UMUM | |
RUBAI | RUBAI, genre puisi Parsi yang dipopularkan melalui bahasa Arab. Rubai merupakan satu-satunya sumbangan asli Parsi dalam tradisi puisi Islam. Rubai berbentuk catur larik (quatrain), iaitu empat larik serangkap, dengan skema rima a-a-b-a dan sedikit sekali a-a-a-a; setiap rangkap dapat menyatakan satu keseluruhan idea. Umar Khayyam, seorang penyair terkenal, telah mencipta sekitar 750 rangkap rubai yang kemudian dikumpul dan dikenal sebagai Ruba’iyat Umar Khaiyam. Ia kemudiannya berkembang dan mempengaruhi pelbagai tradisi puisi, termasuk puisi Melayu. | SASTERA | Konsep |
NAZAM | NAZAM, sejenis gubahan puisi. Nazam terdiri daripada dua larik serangkap dengan jumlah perkataan antara empat hingga enam dalam selarik, dengan jumlah antara lapan hingga 14 suku kata; menggunakan skema rima a-a, a-b, c-b atau serima (monorhyme), dengan sedikit variasi dan kekecualian (misalnya dengan jumlah perkataan lebih dari 10). Seuntai nazam mungkin selesai dengan satu rangkap, tetapi biasanya memerlukan beberapa rangkap atau lirik untuk kenyataan suatu keseluruhan. | SASTERA | Adat |
KIT'AH | KIT’AH, BENTUK PUISI Arab yang merupakan fragmen daripada karya yang lebih panjang, misalnya sebuah qasidah. Kit’ah dalam bahasa Arab bererti potongan keratan, sekerat atau sepotong; memberikan makna sepotong daripada sebuah karya yang lebih besar kit’ah juga mungkin sebuah puisi tersendiri mengenai sesuatu topik, tetapi masih menggunakan skema-rima yang sama, iaitu serima (monorhyme) dan dalam polamatra yang umum seperti genre yang lain. Begitu rapatnya hubungan kit’ah dengan qasidah, walaupun pada kenyataannya sebuah qasidah hingga ada sarjana menganggap klit’ah berasal daripada qasidah yang mungkin dikembangkan daripada genre lain yang berasingan seperti ghazal, fakhr dan lain-lain. | SASTERA | Penerbitan |
KASIDAH | KASIDAH, puisi Arab yang popular dan antara bentuk puisi (shi’r) Arab yang terawal. Kasidah telah berkembang sejak zaman Jahiliah bersama-sama puisi Arab yang lain. Kasidah, sejenis oda (ode) ialah puisi imaginatif yang lengkap dan panjang, biasanya terdiri dari 25 hingga 100 kuplet. Dari segi skema rima, umumnya berbentuk serima (monorhyme), sesuai dengan tradisi Arab. Pola rima kasidah sama seperti puisi Arab lain, misalnya kit’ah, masnu’i dan ghazal. Ia mempunyai pola matra (metrical pattern) berdasarkan bunyi panjang pendek vokalnya. | SASTERA | Konsep |