Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ski] | سکي

Definisi : papan peluncur di atas salji, papan tongkah; berski bermain ski. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ski] | سکي

Definisi : permainan meluncur di atas salji atau di atas air dgn menggunakan lapik kaki yg khas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ski


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUKAN AIR

Sukan air lihat Berenang; Bermain ski; Luncur

air; Memancing; Menyelam.

UMUM 
BIATHLON

Biathlon ialah sejenis sukan musim sejuk yang

menggabungkan perlumbaan ski merentas desa

dan menembak.

UMUM 
AVALANCHE

Avalanche ialah kumpulan besar salji yang

menggelongsor turun di cerun gunung. Kebanyakan

avalanche berpunca daripada keadaan cuaca yang

menyebabkan salji di lereng gunung menjadi tidak

stabil. Gangguan angin kencang, gegaran bumi, dan

letupan boleh menyebabkan salji menggelongsor

turun. Pemain ski menyebabkan banyak avalanche.

Terdapat tiga jenis utama avalanche. Avalanche salji

kering terdiri daripada salji serbuk dan udara yang

bergerak lebih laju daripada 160 kilometer sejam.

Avalanche salji basah ialah sekumpulan salji basah,

yang padat, yang biasanya bergerak lebih perlahan

daripada avalanche salji kering. Dalam avalanche

salji kepingan, bahagian salji yang padu pecah

menjadi kepingan dan pecah lagi menjadi kepingan-

kepingan kecil semasa ia menggelongsor.

UMUM 
SAPPORO

Sapporo (pend. 1 542 979) ialah ibu negeri

Hokkaido, pulau yang paling utara di Jepun. Ia

terletak di bahagian barat pulau berhampiran Teluk

Otaru. (Lihat Jepun [peta politik]).

Sapporo dibina pada tahun 1871, dan dibentuk

berdasarkan bandar di negara Barat. Ia menjadi pusat

pembuatan dan kebudayaan pulau itu. Keluarannya

meliputi kain jerami, barangan getah, susu pekat dan

kacang soya yang diproses. Tarikan utama Sapporo

meliputi Hokkaido University dan taman bunganya

yang khusus kepada flora alpin. Penduduk dan

pengunjung menikmati cerun ski yang terletak di

subbandar dan mata air panas Jozãnkei, 18 kilometer

ke barat daya bandar. Pada tahun 1972, Sukan

Olimpik Musim Sejuk berlangsung di Sapporo.

UMUM 

Kembali ke atas