ARDEN, JOHN | Arden, John (1930– ), penulis skrip Inggeris yang menjadikan pertentangan antara seorang rakyat biasa yang tidak mempunyai daya imaginasi dengan seorang individu yang penuh dengan imaginasi tetapi hidup dalam keadaan kucar-kacir sebagai tema utamanya. Dia mengembangkan tema itu dalam dramanya Live Like Pigs (1958) dan Serjeant Musgrave’s Dance (1959). Arden lahir di London. Dia terkenal kerana daya cipta teknik dramanya. Dalam The Happy Haven (1960) semua pelakon memakai topeng dan naratifnya dicelahi dengan lagu dan tarian. Dramanya yang lain ialah All Fall Down (1955), Armstrong’s Last Goodnight (1964), The Bag Man (1970), Pearl (1978) dan To Put It Frankly (1979). | UMUM | |
ANGELOU, MAYA | Angelou, Maya (1928– ), penulis, penyair, penulis skrip drama, editor, pelakon wanita, pengarah, dan guru Amerika. Dia paling dikenali kerana siri pertama karya autobiografinya, I Know Why the Caged Bird Sings (1970). | UMUM | |
O'NEILL, EUGENE GLADSTONE | O’Neill, Eugene Gladstone (1888–1953), dianggap penulis skrip drama Amerika yang terulung. Dia menjadi dramatis Amerika yang pertama menulis kisah tragedi secara konsisten. O’Neill menerima Hadiah Nobel dalam bidang kesusasteraan pada tahun 1936. Empat daripada karya dramanya memenangi Hadiah Pulitzer– Beyond the Horizon pada tahun 1920; Anna Christie pada tahun 1922; Strange Interlude pada tahun 1928; dan Long Day’s Journey into Night pada tahun 1957. | UMUM | |
DAHL, ROALD | Dahl, Roald (1916–1990), penulis prolifik yang menulis cerita kanak-kanak, fiksyen dewasa dan skrip filem. Ceritanya berunsur seram atau fantasi, humor yang menggerunkan dan akhir cerita yang mengejutkan. | UMUM | |
P. RAMLEE | P. Ramlee (1929–1973), penyanyi, penggubah lagu, pemuzik, pelakon, penulis skrip dan pengarah filem teragung di Malaysia. Dia lahir pada 22 Mac 1929 di Pulau Pinang dan meninggal dunia pada 29 Mei 1973 di Kuala Lumpur. Nama sebenar P. Ramlee ialah Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh. Ayahnya, Teuku Nyak Puteh Nyak Karim, berasal dari Lhoksemauwe, Aceh. Ibunya Che Mah Husin berasal dari Kubang Buaya, Seberang Prai, Pulau Pinang. | UMUM | |
BEBASARI | BEBASARI, skrip drama yang dihasilkan oleh Rustam Effendi, diterbitkan pertama kali pada tahun 1926. | SASTERA | Konsep |
O'FAOLAIN, SEAN | O’Faolain, Sean (1900–1991), terkenal sebagai penulis Ireland yang terkemuka. Kebolehannya sebagai penulis cerpen menjadikannya masyhur di seluruh dunia. Dia juga menulis skrip drama, beberapa buah novel, dan biografi sejarah. Koleksi cerpennya termasuk Midsummer Night’s Madness (1932), A Purse of Coppers (1937), dan The Talking Trees (1971). Karyanya yang lain termasuk Come Back to Erin (1940) dan The Great O’Neill (1942). O’Faolain lahir di Cork dan mendapat pendidikan di University College, Cork, dan Harvard University, di Amerika Syarikat. | UMUM | |
AMBLER, ERIC | Ambler, Eric (1909–1998) ialah pengarang British yang menjadi terkenal dengan novelnya yang ditulis dengan baik tentang komplot dan kembara antarabangsa. Dia juga menulis skrip untuk filem. Novel Ambler termasuk A Coffin for Dimitrios (1939), Journey into Fear (1940), The Light of Day (1963), The Levanter (1972), dan The Care of Time (1981). | UMUM | |
O'BRIEN, EDNA | O’Brien, Edna (1932– ), novelis Ireland yang membina reputasinya melalui novelnya yang pertama, The Country Girls , yang diterbitkan pada tahun 1961. Karyanya yang lain termasuk The Lonely Girl (1962), Girls in Their Married Bliss (1963), dan The Love Object (1968). Dia juga menulis beberapa buah cerpen, skrip drama televisyen, dan skrip filem. O’Brien lahir di Tuamgraney di Kaunti Clare, Ireland. Dia berpindah ke England pada tahun 1958. | UMUM | |
TEATER | Teater ialah persembahan secara langsung yang dilakukan di hadapan para penonton. Teater melibatkan setiap bentuk hiburan, daripada sarkas hinggalah kepada lakonan. Dalam istilah yang lebih tradisional, teater ialah bentuk seni yang melibatkan para pelakon beraksi berdasarkan skrip. Pelakon, biasanya dengan bantuan seorang pengarah, mentafsirkan watak dan situasi yang dicipta oleh penulis drama. Persembahan dilakukan di hadapan penonton di ruang yang direka bentuk bagi tujuan itu. | UMUM | |