SKROL | Skrol ialah segulung kertas, kertas kulit, atau bahan lain yang digunakan untuk ditulis di atasnya. Kebanyakan skrol digulung pada gangsa, gading, atau kayu. Ada kalanya penggulung ini dihiasi di kedua-dua hujungnya dengan tombol kecil atau hiasan lain. Tombol melindungi skrol dan memudahkannya dipegang. Skrol biasanya ditutup pada kedua-dua hujung, dan apabila ia digunakan gulungnya dibuka daripada satu rod dan digulungkan pada rod yang satu lagi. | UMUM | |
SKROL LAUT MATI | Skrol Laut Mati merupakan manuskrip purba yang berasal dari Palestin. Skrol ini dijumpai di dalam gua padang pasir berhampiran pantai barat Laut Mati (lihat Laut Mati [peta]). Kumpulan pertama skrol ini ditemui pada tahun 1947 oleh budak gembala di dalam gua di Wadi Qumran (Lembah Qumran). Pada akhir tahun 1940-an dan awal tahun 1950-an, ahli kaji purba dan orang Badwi telah menjumpai sepuluh lagi gua yang mengandungi tulisan purba ini. | UMUM | |
PERPUSTAKAAN ISKANDARIAH | Perpustakaan Iskandariah ialah tempat koleksi skrol purba yang terbesar dan paling terkenal. | UMUM | |
PACMEN | Pacmen ialah kulit haiwan yang disediakan sebagai permukaan untuk penulisan. Perkataan pacmen biasanya bermaksud bahan penulisan yang dibuat daripada kulit kambing, kulit biri-biri atau kulit anak lembu. Bahan seperti ini sangat tahan. Skrol pacmen masih wujud semenjak kira-kira tahun 1500 SM. | UMUM | |
RENDA | Renda ialah fabrik hiasan yang terdiri daripada corak benang berupa kain net yang terbuka. Renda yang paling halus diperbuat daripada benang linen, tetapi kapas, sutera, bulu bebiri, serat buatan, malah benang emas dan perak juga turut digunakan. Reka bentuk pada kebanyakan jenis renda, terdiri daripada corak bunga atau daun. Reka bentuk yang lain mempunyai corak haiwan, bentuk manusia dan benda-benda seperti tiang dan skrol. Kebanyakan renda digunakan untuk menghias pakaian dan untuk membuat barang-barang perhiasan untuk rumah dan gereja. | UMUM | |