Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[skuad] | سکواد

Definisi : 1. suatu kumpulan orang yg bekerja (melakukan sesuatu) sbg suatu pasukan: ~ bola sepak Malaysia; 2. suatu pasukan kecil polis (tentera) yg bertanggungjawab menjalankan tugas khas: S~ Polis Khas; ~ penembak se­kumpulan askar yg ditugaskan utk menembak seseorang yg dijatuhi hukuman mati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[skuad] | سکواد

Definisi : 1 kumpulan tentera (biasanya terdiri drpd 12 orang) yg mempunyai tugas-tugas khas. 2 kumpulan orang yg bergerak sbg satu pasukan: ~ bola sepak Malaysia. ~ penembak sekumpulan askar yg diberi tugas utk menembak seseorang yg dijatuhi hukuman mati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
skuad
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :pasuk, pasukan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RAJA LOPE RASHID

RAJA LOPE RASHID (1909-   ),  anggota Skuad Pertama Kompeni Percubaan Askar Melayu. Dia lahir pada 1 Julai 1909 di Teluk Anson, Perak. Nama sebenarnya ialah Raja Lope Nor Rashid bin Raja Abdul Rahman. Dia mendapat pendidikan awal di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Public School, Magdalan College, Oxford, England. Raja Lope adalah seorang kerabat diraja yang terulung menceburkan diri dalam bidang ketenteraan moden tanah air. Dia adalah salah seorang daripada 25 anak Melayu yang terpilih menyertai Skuad Pertama Kompeni Percubaan Askar Melayu di Port Dickson pada 1 Mac 1933. Dia juga salah seorang daripada dua anggota Kompeni Percubaan terulung yang diberikan pangkat lans koperal.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas