Skunk ialah haiwan kecil berbulu, mempunyai
tanda hitam putih yang tersendiri. Haiwan ini
terkenal kerana cecair berbau busuk yang
disemburkannya apabila ketakutan atau berada
dalam bahaya. Baunya sukar hilang, dan kekal
berhari-hari lamanya.
Polecat ialah mamalia kecil yang tergolong
dalam famili weasel. Terdapat tiga spesies polecat
iaitu: (1) Polecat Eropah yang terdapat di seluruh
Eropah (2) polecat steppe yang terdapat di dataran
Asia Tengah (3) polecat marmar yang terdapat di
padang rumput kering di tenggara Eropah hingga
ke barat China. Skunk Amerika Utara sering
dinamakan polecat kerana tabiatnya yang hampir
sama dengan tabiat polecat Eropah.
Thanks for clicking. That felt good.