SLANGA BERIMA | Slanga berima ialah suatu bentuk bahasa berkod. Dalam kebanyakan slanga berima, istilah slanga terdiri daripada dua atau lebih kata setiap satunya. Kata terakhir dalam istilah itu adalah rima atau asonansi kata yang akan digunakan dalam pertuturan biasa. | UMUM | |
SLANGA | Slanga ialah jenis bahasa yang tidak formal apabila kata dan frasa digunakan dengan cara baru atau luar biasa. Banyak istilah slanga adalah ekspresif, lucu, dan jelas. Sesetengahnya adalah kasar dan menyinggung perasaan. Ungkapan slanga boleh jadi kata baru, seperti glitzy (terlalu terang dan menjolok mata) atau hype (pengiklanan yang bergantung pada gimik atau muslihat). Ia juga boleh jadi kata lama yang mengalami perubahan makna, seperti magic (menakjubkan) atau cool (canggih dan terkawal diri). | UMUM | |
MAHKAMAH KANGGARU | Mahkamah kanggaru ialah istilah slanga bagi kumpulan orang yang tidak diberi kuasa, yang menghukum sendiri sesuatu kesalahan dengan bertindak sebagai mahkamah. Kumpulan seperti ini selalunya mengetepikan prinsip undang-undang dan keadilan serta mengenakan hukuman yang tidak adil dan keterlaluan. | UMUM | |
ADE, GEORGE | Ade, George (1866–1944) ialah penulis Amerika yang menulis karya humor dan drama. Dia juga ialah seorang wartawan. Ade menjadi masyhur menerusi cerita lucunya yang ditulis dalam bahasa percakapan harian dan slanga popular kawasan luar bandar Midwest, terutamanya dialek Indiana, negeri kelahirannya. Karya Ade yang terkenal ialah Fables in Slang (1899), sebuah koleksi cerita yang mencontohi Aesop’s Fables . | UMUM | |
KAMUS UMUM | KAMUS UMUM, kamus yang tidak mengehadkan kata entrinya kepada kata daripada golongan atau jenis tertentu seperti kata dialek, kata sukuan, kata teknikal, kata slanga dan sebagainya. Biasanya kosa kata yang terkandung dalam sesebuah kamus umum merupakan kosa kata yang difahami oleh masyarakat umum sesuatu bahasa. Kamus umum dalam sesuatu bahasa lazimnya terbahagi kepada dua jenis, iaitu umum deskriptif dan umum standard. | BAHASA | Penerbitan |