ABDULLAH HUSSAIN, DATO (SN) | Abdullah Hussain, Dato’ (1920- ), Sasterawan Negara yang kelapan dan penulis. Beliau lahir pada 25 Mac 1920 di Sungai Limau, Yan, Kedah Darul Aman. Dalam penulisan, Abdullah menggunakan nama pena seperti Aslu, Bintang Kecil, Iskandar Muda, Roslani Ashikin, Suryakanta dan Zamroed. | SASTERA | Tokoh |
TIMAH | Timah ialah unsur kimia dengan simbol Sn. Ia adalah logam putih yang telah digunakan oleh manusia sejak zaman dahulu. Kegunaan timah paling awal yang diketahui adalah pada lebih kurang tahun 35 000 S.M. di kota Ur di selatan Mesopotamia (kini Iraq). Penduduk Ur membuat barang daripada gangsa, iaitu aloi timah dan tembaga. Kini, timah digunakan terutamanya dalam pengeluaran plat timah, yang terdiri daripada keluli bersalut timah yang benar-benar nipis di kedua-dua belahnya. Kebanyakan plat timah dijadikan tin timah untuk pembungkusan makanan dan keluaran-keluaran lain. | UMUM | |
ALAT GANGSA | ALAT GANGSA, alat yang terbentuk daripada tiga unsur utama iaitu kuprum (Cu), timah (Sn) dan plumbum (Pb). Alat yang diperbuat daripada gangsa meliputi pelbagai bentuk, seperti gendang, mangkuk, dan kapak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ARIFIN NGAH | Penulis. Dia lahir pada 28 Mac 1939 di Kuala Terengganu, Terengganu. Dalam bidang penulisan dia juga menggunakan nama samaran Moriffin SN dan Melati Timur. Ariffin mendapat pendidikan asas di Sekolah Rendah Bukit Tunggal, Kuala Terengganu sebelum menyambung pendidikannya ke Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak dan Institut Bahasa, Kuala Lumpur. Dia melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam bidang Penulisan Kreatif dan Deskriptif dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian. | SASTERA | Tokoh |
ZAMAN GANGSA, | ZAMAN GANGSA, kebudayaan prasejarah yang berasaskan penggunaan alat yang dihasilkan daripada tiga unsur logam utama iaitu kuprum (Cu), timah (Sn) dan plumbum (Pb). Penghasilan alat gangsa dikatakan yang terawal muncul pada Zaman Logam, yakni artifak daripada gangsa dihasilkan terlebih dahulu dan kemudiannya diikuti dengan penggunaan alat besi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |