| FRIENDLY SOCIETY | | UMUM | |
| KEPULAUAN SOCIETY | | UMUM | |
| AUDUBON SOCIETY, NATIONAL | Audubon Society, National di Amerika Syarikat adalah salah satu pertubuhan pemuliharaan negara yang tertua dan terbesar di dunia. Ia ditubuhkan pada tahun 1905 dan dinamakan sempena nama pelukis burung dan ahli alamiah Amerika John James Audubon. | UMUM | |
| NATIONAL GEOGRAPHIC SOCIETY | National Geographic Society ialah organisasi saintifik dan pendidikan yang bukan membuat untung yang terbesar di dunia. Ia ditubuhkan pada tahun 1888 di Amerika Syarikat untuk mengumpul dan menyebarkan pengetahuan geografi ke seluruh dunia. Persatuan ini mempunyai lebih daripada 10 juta ahli di sekitar 185 buah negara. Ia juga telah menaja dan menyokong lebih daripada 4000 ekspedisi dan projek penyelidikan. | UMUM | |
| ROYAL SOCIETY | Royal Society adalah satu daripada pertubuhan saintifik yang tertua di dunia. Nama penuhnya ialah Royal Society of London for Improving Natural Knowledge. Pertubuhan ini diasaskan pada tahun 1660 untuk mempertingkatkan sains semula jadi. | UMUM | Umum |
| ROYAL GEOGRAPHICAL SOCIETY | Royal Geographical Society ialah organisasi British yang terdiri daripada mereka yang berminat tentang pendidikan geografi dan penemuannya. | UMUM | Umum |
| ROYAL LIFE SAVING SOCIETY | Royal Life Saving Society ialah organisasi sedunia yang berusaha mendidik orang awam tentang keselamatan di air dan perkara lain yang berkait dengan keselamatan di air. | UMUM | Umum |
| QUAKER | Quaker ialah nama yang diberikan kepada ahli Persatuan Sahabat-sahabat Agama ( Religious Society of Friends ). Quakerisme ini bermula di England pada tahun 1600-an. Kini, kebanyakan anggotanya tinggal di Amerika Syarikat. England dan Kenya juga mempunyai penganut Quaker yang ramai. Kumpulan Quaker yang lebih kecil terdapat di kebanyakan tempat lain di dunia. | UMUM | |
| KING, SIR TRUBY | King, Sir Truby (1858–1938), doktor dari New Zealand dan pakar kebajikan yang mengasaskan Royal New Zealand Society bagi Kesihatan Wanita dan Kanak-kanak, yang dikenali sebagai Plunket Society, pada tahun 1907. | UMUM | |
| NSPCC | NSPCC ialah sebuah pertubuhan British yang membantu kanak-kanak dan ibu bapa yang mempunyai masalah yang mempengaruhi keluarga mereka. Ia secara rasminya dinamakan National Society for the Prevention of Cruelty to Children. Persatuan ini merupakan persatuan sukarela (dibiayai hanya oleh derma dan aktiviti pengutipan derma). Ia mengendalikan kira-kira 65 pasukan yang mengandungi pakar perlindungan kanak-kanak di England, Wales, dan Ireland Utara. | UMUM | |