Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = pesolok, penyolok pemberian atau sumbangan (barang-barang makanan utk orang yg mengadakan majlis perkahwinan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata solok I


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ABDOEL MOEISABDOEL MOEIS (1890-1959), ahli politik dan sasterawan Angkatan Balai Pustaka, Indonesia. Dia lahir pada 3 Julai 1890 di Solok, Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia. SASTERAKonsep
MURSAL ESTEN MURSAL ESTEN (1941-    ), pengkaji dan pengkritik sastera Indonesia. Dia lahir pada 5 September 1941 di Solok, Sumatera Barat, Indonesia. Mursal mendapat pendidikan di Fakultan Keguruan Seni Sastra, Institut Keguruan Ilmu Pendidikan (FKSS-IKIP) Padang sehingga berjaya mendapat ijazah Sarjana Sastera dan mendapat ijazah Kedoktoran (Ph.D) dalam bidang kesusasteraan di Universitas Indonesia (1990). SASTERATokoh
ABDOEL MOEIS

Abdoel Moeis (1890-1959), nasionalis dan sasterawan Indonesia. Beliau lahir pada 3 Julai 1890 di Solok, Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia. Abdoel Moeis mendapat pendidikan di Europese Lagere School (ELS) Bukittinggi selama 3 tahun, sebelum melanjutkan pelajarannya dalam bidang kedoktoran di School Tot Opleiding van Indische Artsen (STOVIA), Jakarta. Walau bagaimanapun beliau tidak menamatkannya kerana lebih tertarik pada dunia kewartawanan dan pergerakan kebangsaan.

SASTERATokoh
CHAIRUL HARUN

CHAIRUL HARUN (1940-      ), penulis dan wartawan Indonesia. Dia lahir pada bulan Ogos 1940 di Kayutanam, Sumatera Barat, Indonesia. Chairul berpendidikan Sekolah Dasar Kayutanam, Sekolah Menengah Pertama Solok, Sekolah Pelayanan Sosial Atas (1960), Solo dan akhirnya menuntut di Jurusan Publisistik Universitas Ibnu Khaldun, Jakarta tetapi tidak tamat. Dia pernah menjadi pegawai di Jabatan Transmigrasi di Palu, Sulawesi Tengah (1961-1963), wartawan harian <I style="mso-bidi-font-style: normal">Aman Makmur, I>Pekan Baru (1963-1965), wartawan <I style="mso-bidi-font-style: normal">Angkatan Bersenjata, I>Padang (1967-1968), ketua pengarang akhbar harian <I style="mso-bidi-font-style: normal">Haluan, I>Padang (1969-1970), pemberita majalah <I style="mso-bidi-font-style: normal">Tempo I>(1971-1979), dan sejak tahun 1960 menjadi pensyarah sambilan di Akademi Karawitan Indonesia di Padangpanjang, Sumatera Barat.

  

SASTERATokoh
PADANG

PADANG, kota dan pelabuhan pada masa kerajaan Minangkabau. Padang terletak di Propinsi Sumatera Barat, Indonesia. Menurut sejarah dan tambo Minangkabau, Padang berasal daripada perkataan ‘padang’ yang dalam bahasa Minangkabau, bermaksud pedang. Pada sekitar abad ke-16, imigran pertama tiba dari pedalaman Minangkabau. Mereka diketuai oleh Maharajo Besar (dari kawasan Solok). Tidak lama selepas itu, tiba pula lima orang ‘datuk’ dan antaranya bernama Datuk Patih Karsani. Dia telah menemui banyak tinggalan berharga seperti mangkuk, pinggan, meriam, pisau dan pedang. Sejak penemuan itulah tempat tersebut diberi nama padang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas