Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sol.stis] | سولستيس

Definisi : (Geog) waktu (ketika) matahari berada paling jauh ke selatan atau ke utara dr kha­tulistiwa; ~ musim panas 21 Jun; ~ musim sejuk 22 Disember. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata solstis


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SOLSTIS

Solstis ialah satu daripada dua ketika yang berlaku

setiap tahun apabila matahari berada pada

kedudukan paling utara atau paling selatan.

Matahari muncul tepat di atas kepala di garisan

lintang yang berubah-ubah sepanjang tahun

disebabkan oleh kecondongan paksi putaran bumi.

Paksi itu condong pada sudut 2327 dari satah orbit

bumi yang mengelilingi matahari. Solstis musim

panas berlaku apabila matahari tiba di titik paling

utara, iaitu tepat di atas kepala di Garisan Sartan

(garisan lintang 2327 utara). Sewaktu solstis musim

sejuk pula, matahari muncul pada kedudukan yang

paling selatan, iaitu tepat di atas kepala di Garisan

Jadi (garis lintang 2327 selatan).

UMUM 

Kembali ke atas