Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.nar] | سونر

Definisi : sistem atau peranti utk mengesan ke­dudukan sesuatu sasaran (objek) di dlm air melalui pantulan gelombang bunyi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sonar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SONAR

Sonar ialah peranti yang menggunakan tenaga

bunyi untuk mengesan objek, mengukur jarak

arah, dan kelajuannya; malah menghasilkan

gambarnya. Perkataan sonar berasal daripada

perkataan Inggeris sound navigation and ranging.

UMUM 
TAGORE, RABINDRANATH

Tagore, Rabindranath (1861–1941) ialah salah

seorang penyair India moden terkemuka, dan

pernah menerima Hadiah Nobel pada tahun 1913

bagi bidang kesusasteraan. Lagu yang diciptanya

untuk Kongres Kebangsaan India telah menjadi lagu

kebangsaan negara itu. Sebuah lagi lagu ciptaannya

“Amar Sonar Bangla” (Benggalaku Emas) telah

menjadi lagu kebangsaan negara Bangladesh.

UMUM 
TALI LADUNG

Tali ladung, juga dikenali sebagai batu ladung,

ialah tali yang mempunyai pemberat di satu

hujungnya. Pemberat, yang dikenali sebagai

unting-unting , mengekalkan tali tegak ke atas dan

ke bawah. Tali ladung digunakan oleh penurap

bata dan tukang batu sebagai panduan menegak

dalam membina dinding. Juruukur dan jurutera

menggunakan tali ladung untuk menegakkan alat

lihat yang dikenali sebagai transit pada titik

tertentu. Ia juga digunakan bagi menentukan

kedalaman air atau penggalian. Tetapi anak kapal

di kebanyakan kapal menggunakan alat yang

dikenali sebagai fatometer dan sonar untuk

mengukur bagi kedalaman air.

Lihat juga Kerja ukur (Alat ukur).

UMUM 

Kembali ke atas