Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.na.ta] | سوناتا

Definisi : sj muzik instrumental, terutamanya yg digubah utk dimainkan pd piano (sama ada tanpa alat muzik lain ataupun bersama­sama dgn satu alat muzik lain spt viola). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sonata


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SONATA

Sonata ialah gubahan instrumental yang

mengandungi beberapa pergerakan. Sesebuah

sonata mempunyai kontras tempo dan kekunci,

tetapi pergerakannya adalah berkaitan antara satu

sama lain dari segi pemikiran. Sonata yang digubah

selepas pertengahan tahun 1700-an mengandungi

tiga atau empat pergerakan. Sonata klasik biasa

bermula dengan alegro yang hebat (pergerakan

rancak). Pergerakan kedua perlahan, berirama, dan

berlirik. Pergerakan ketiga yang hanya merupakan

pilihan, biasanya ringan dan lemah gemalai, dan

mungkin dalam bentuk tarian atau scherzo

(gurauan). Pergerakan terakhir atau finale mengikut

rentak rancak dan riang. Lihat juga Muzik klasik

(Bentuk sonata).

UMUM 
SCHERZO

Scherzo ialah gubahan muzik yang pendek dan

rancak. Istilah ini digunakan untuk memerikan

pergerakan ketiga simfoni empat bahagian, sonata,

atau gubahan muzik kamar. Kebanyakan scherzo

bercirikan irama rancak dan perubahan

mendadak dalam ritma, dan berentak lucu serta

menghiburkan. Scherzo juga meliputi bahagian

bertentangan yang dikenali sebagai trio. Trio

dalam kebanyakan keadaan, lebih senyap dan

lebih berirama daripada scherzo lain.

Penggubah Jerman, Ludwig van Beethoven

memperkenalkan scherzo dalam beberapa

gubahannya pada tahun 1800. Pakar scherzo yang

terkemudian termasuk Felix Mendelssohn dari

Jerman, Anton Bruckner, dan Gustav Mahler dari

Austria, dan Bela Bartok dari Hungary.

UMUM 
SCARLATTI, DOMENICO

Scarlatti, Domenico (1685–1757), penggubah

Itali. Dia menjadi masyhur kerana sonatanya untuk

alat keyboard awal yang dikenali sebagai

hapsikord. Scarlatti menggubah hampir 550 sonata

hapsikord. Dia juga menulis opera, kantata,

konserto, dan fiug. Scarlatti sangat mempengaruhi

permainan keyboard yang terkemudian.

Gubahannya mungkin yang pertama memenuhi

teknik yang masih digunakan kini. Teknik ini

termasuk penyilangan tangan dengan kerap,

arpeggio (turutan pantas not dalam kord), dan

ulangan not dengan cepat.

UMUM 

Kembali ke atas